suria

“Entahlah... SPM matematik jahanam, tapi kira duit saja tak jahanam!” - Sharnaaz jawab teguran netizen salah tulis kapsyen

Kehadiran Jebat Jayden mengubah kehidupan Sharnaaz ke arah yang lebih baik.

RUANGAN komen di sebuah posting Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi tempat perdebatan netizen berhubung kapsyen yang ditulis aktor itu.

Kata mereka Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, tersalah menggunakan frasa 360 darjah bagi merujuk kepada perubahan hidup selepas kehadiran anak lelakinya iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “InsyaAllah saya akan ada untuk Jebat sampai mati!” - Sharnaaz janji tak abaikan anak, cerai Nabila tanpa dendam

ARTIKEL BERKAITAN: “Syukur proses ini berjalan ketika kami dalam hubungan yang baik” - Sharnaaz, Nabila bercerai secara hakam

"Kenapa saya kuat? Sebab budak kecil ni yang buat saya kuat daripada dalam dan ubah saya 360 darjah.

"Terima kasih Allah untuk hadiah ni dan juga kepada ibunya, Noor Nabila," tulis Sharnaaz.

Sharnaaz menjawab teguran netizen di ruangan komen Instagram.

Bagaimanapun, kapsyen tersebut menarik perhatian netizen yang mengatakan frasa tersebut tidak tepat kerana 360 darjah bermaksud satu pusingan penuh maka ia menggambarkan Sharnaaz kembali ke tempat sama tanpa sebarang perubahan.

"Bro... mungkin awak maksudkan 180 darjah.

"360 darjah bermaksud awak kembali ke tempat yang sama. Makanya, ia patut jadi 180 darjah sebab awak dah berubah. Saya selalu kena (tegur) dengan kawan-kawan fasal benda ni. Apapun, semoga yang terbaik saja untuk awak dunia dan akhirat," tulis beberapa netizen.

Entahlah. SPM matematik jahanam, tapi kira duit saja tak jahanam.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

Namun ada juga yang tampil mempertahankan frasa yang digunakan Sharnaaz.

"Salam, maaf mencelah tapi saya rasa 360 darjah di sini konsepnya adalah dia berubah melalui pelbagai sudut. Jebat mengubah Sharnaaz dalam semua sudut untuk menjadi seorang yang lebih baik.

"Saya setuju, frasa 360 darjah itu masuk akal. Awak boleh kembali ke tempat yang sama sebagai orang yang berbeza. Pernah dengar terma mula semula?" komen beberapa netizen lain.

Anak lelaki Sharnaaz iaitu Jebat Jayden.

Sementara itu pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini menjawab komen salah seorang netizen secara berseloroh dengan mengatakan dia sendiri kurang faham mengenai isu yang diperdebatkan.

"Entahlah. SPM matematik jahanam, tapi kira duit saja tak jahanam," balas Sharnaaz.

Sharnaaz mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia dua tahun.

Pasangan itu bagaimanapun bercerai secara hakam pada 9 Julai lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain