suria

“Saya menyanyi bukan sebab rasa diri handsome” - Penyanyi baharu Aidil Maula yakin mampu jual bakat, bukan paras rupa

Aidil Maula tampil dengan lagu pertama berjudul Pedih.

BERMULA sebagai model dalam video muzik lagu penyanyi Nabila Razali berjudul Cemburu, kini jejaka dikenali sebagai Aidil Maula sudah mengorak langkah dalam bidang nyanyian pula.

Biarpun mempunyai pakej dengan rupa paras yang menarik, penyanyi yang berasal dari Johor Bahru ini berharap dia hanya akan dinilai melalui bakat dan karyanya sahaja.

"Sudah lama saya simpan impian untuk ada lagu sendiri dan menjadi seorang penyanyi. Alhamdulillah, dengan usaha dan pertolongan rakan-rakan, impian saya akhirnya tercapai.

"Mungkin akan ada pihak yang mempertikaikan rupa paras saya atau kata saya ini hanya jual wajah sahaja. Tapi akan dibuktikan yang saya menyanyi bukan sebab rasa diri hensem.

Kebetulan saya ada jumpa kawan baik saya yang pandai bermain piano dan kami mula hasilkan lagu tersebut bersama.

AIDIL MAULA

PENYANYI

"Bagi saya, walaupun ada kelebihan daripada segi rupa pun, apa yang penting adalah bakat dan karya kita. Saya nak orang kenal melalui bakat dan lagu saya," kata Aidil kepada mStar.

Aidil yang kini berusia 26 tahun melancarkan lagu pertamanya berjudul Pedih di saluran YouTube pada Jumaat lalu dan mendapat pujian ramai.

Dalam pada itu, Aidil memberitahu dia menjadikan pengalamannya dalam percintaan sebagai inspirasi untuk menghasilkan lagu tersebut.

Menurut Aidil, dia menghasilkan lagu tersebut bersama dengan rakan baiknya iaitu Tengku Adry Putra dan proses untuk melancarkan single itu dibantu oleh penyanyi Indah Ruhaila serta kenalannya, Liza Ramli.



Aidil hasilkan lagu Pedih bersama rakan baiknya.

"Sebenarnya lagu ini saya buat berdasarkan kisah saya sendiri dan ada juga daripada pengalaman beberapa rakan saya. Lagu ini dah siap lebih kurang setahun yang lalu dan ketika itu saya tengah patah hati.

"Kebetulan saya ada jumpa kawan baik saya yang pandai bermain piano dan kami mula hasilkan lagu tersebut bersama. Lepas itu, saya bertemu dengan Indah dan dia kenalkan pula dengan Liza.

"Daripada situ bermulalah perjalanan saya untuk keluarkan lagu. Waktu itu, saya bukanlah ada duit yang banyak tapi Liza yakinkan saya yang lagu ini akan dikeluarkan tanpa perlu bajet yang besar," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain