suria

Oktovia Manrose tiada masalah gelaran janda, takut untuk bercinta semula - “Janda is hot what!”

Oktovia mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia lapan tahun.

PENGALAMAN pernah berumah tangga sebelum ini membuatkan pelakon Oktovia Manrose lebih selesa menjalani kehidupan solo tanpa lelaki dan enggan terlalu berkongsi kisah peribadinya di laman sosial.

Oktovia atau nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 29, berkata dia berasa takut untuk membuka hatinya untuk bercinta semula selagi lelaki yang dikenali itu tidak serius dengan hubungan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak patut keluar dengan suami orang” - Oktovia Manrose minta maaf pada Bella Astillah

"Mungkin disebabkan kehidupan rumah tangga saya dahulu membuatkan saya rasa nak duduk di zon selesa sahaja... tak nak lebih daripada itu. Sebab itu, saya jadi tak nak terlalu berkongsi kisah peribadi pada umum.

Walaupun kami tidak rapat dari dulu tapi dia selalu mendidik saya untuk jadi lebih baik.

OKTOVIA MANROSE

PELAKON

"Soal hubungan pun saya jadi takut. Setiap kali nak cuba kenal seseorang itu lebih dalam, saya terus rasa tak apa la. Mungkin selagi lelaki itu tak tunjuk yang dia serius, selagi itu saya akan layan sebagai kawan," katanya kepada mStar.

Dia ditemui pada majlis sidang media dan menandatangani kontrak perjanjian bersama Absolut Talents & Management di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oktovia berkahwin ketika berusia 20 tahun iaitu pada 2011 namun bercerai dua tahun kemudian.

Hasil perkahwinan tersebut dia dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Rayyan Zafariel, 8.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini mengakui tidak mempunyai masalah dengan gelaran janda kerana beranggapan apa yang terjadi merupakan lumrah kehidupan.

Oktovia selesa jalani kehidupan solo.

Menurut Oktovia, biarpun bukan mudah untuk membesarkan anak seorang diri namun dia bersyukur mempunyai bapa iaitu penyanyi dandut Iwan Syahman yang mendidiknya menjadi lebih baik.

"Janda is hot what! Saya tak ada masalah dengan gelaran itu, ia lumrah hidup... semua itu normal. Sebenarnya, kekuatan yang ada pada saya disebabkan bapa saya.

"Walaupun kami tidak rapat dari dulu tapi dia selalu menggalakkan saya untuk jadi lebih baik. Nak membesarkan anak dengan usia muda bukan senang tapi dialah menjadi semangat untuk saya.

"Dia buatkan saya lupakan keperitan perkahwinan yang dulu. Anak ini amanah Allah kepada saya, jadi dia segalanya bagi saya," ujarnya.

Oktovia merupakan anak kedua daripada tiga beradik, hasil perkongsian hidup penyanyi dangdut, Iwan Syahman dan pelakon Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain