suria

Kontroversi dikasari jadi pengajaran, Loca B, Tuju kongsi kisah cinta dalam lagu 'Empati'

Loca B dan Tuju meluahkan segala yang dipendam dalam lagu.

PENYANYI Loca B mengakui lirik lagu terbaharu nyanyiannya bersama anggota kumpulan K-Clique, Tuju berjudul Empati dihasilkan berdasarkan perjalanan cinta mereka.

Menurut Loca B atau nama sebenarnya Hani Azali, dia dan teman lelakinya meluahkan segala yang terpendam dalam hati mereka menerusi lagu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh pukul kekasih, Tuju K-Clique buat laporan polis - “Status itu berbaur fitnah dan aibkan saya”

Loca B turut berkata penghasilan lagu tersebut telah mengeratkan lagi hubungan mereka selain dapat bersama-sama belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukan.



Cinta Loca B dan Tuju bertaut kembali.

"Saya dan Tuju menulis lirik lagu ini berdasarkan perjalanan hidup kami yang banyak cabaran dan dugaan bersama. Kami seperti meluahkan segala-galanya di dalam lagu ini.

"Pada masa yang sama, ia dapat membantu kami untuk mengeratkan lagi hubungan dan kami sama-sama belajar daripada kesilapan selama ini," kata Loca B.

Sebelum ini, Loca B pernah membuat pengakuan dikasari Tuju sehingga anggota badannya lebam, namun menarik semula dakwaan terbabit tidak lama selepas pengakuan tersebut dibuat di media sosialnya.

Kami menggunakan kelebihan ini sebagai pencipta lagu untuk bersuara bukan saja untuk kami tapi mereka di luar sana.

TUJU

ANGGOTA KUMPULAN K-CLIQUE

Menerusi laporan mStar pada 1 April lalu, Tuju atau nama sebenarnya Muhammad Azree Shah Awang Zamri memberitahu dia sudah membuat laporan polis terhadap dakwaan yang dianggap berbaur fitnah dan mengaibkan namanya.

Bagaimanapun selepas empat bulan perkara itu berlalu, Loca B tampil mengesahkan hubungan antara dia dan Tuju sudah pulih dan cinta mereka bertaut kembali.



Loca B pernah membuat pengakuan dikasari sehingga anggota badannya lebam.

Loca B juga mendedahkan Tuju ada bertemu dengan pakar psikiatri untuk mendapatkan bantuan profesional mengenai masalah yang dihadapi dan sekali gus merapatkan kembali hubungan cinta mereka.

Dalam pada itu, Tuju memberitahu lagu tersebut dicipta untuk sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman yang sama dan ingin memperbaiki diri menjadi lebih baik.

"Kami menggunakan kelebihan ini sebagai pencipta lagu untuk bersuara bukan saja untuk kami tapi mereka di luar sana yang pasti pernah melalui dan mempunyai perasaan ingin memperbaiki diri sendiri," ujar Tuju.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Loca B, Tuju, Empati, hiburan, sensasi,

Artikel Lain