suria

“Tinggi mana darjat kau kalau tak reti hormat orang, kau yang patut kena kaki!” - Azar Azmi kesal lelaki mengamuk fasal sejadah dalam masjid

Azar Azmi kesal dengan tindakan kasar seorang lelaki dalam masjid.

PELAKON Azar Azmi meluahkan rasa kesal terhadap video tular memperlihatkan seorang lelaki mengasari seorang jemaah masjid selepas sejadah yang dibawanya terkena bahagian belakang badan lelaki berkenaan.

Azar atau nama sebenar Siti Azar Ameerah Azmi, 31, menyifatkan tindakan itu sebagai biadab dan tidak sepatutnya berlaku di tempat ibadat.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh menggeletis ‘try hard’ nak dapatkan Fizo Omar, ini komen balas Azar Azmi - “Dia tenang-tenang saja, kau over love bagai”

"Kalau setakat terkena sejadah kau nak mengamuk macam ni. Allahu... tak kisah la apa level kau, tinggi mana pun darjat kau kalau kau tak reti nak hormat orang tua, kau yang patut kena kaki.

"Belum lagi berasak berpusu-pusu dekat Makkah kena tolak tarik dengan berjuta manusia dekat sana. Tak tahu pula la macam mana dia punya mengamuk agaknya.



Tangkapan skrin video yang tular memperlihatkan seorang lelaki mengasari seorang jemaah masjid.

"Tuhan bagi otak untuk berfikir... tuhan bagi tangan untuk membantu... tuhan bagi kaki untuk memudahkan," tulisnya.

Dalam pada itu, Azar turut menasihati orang ramai agar sentiasa menghormati orang yang lebih tua walau apa pangkat atau darjat yang dimiliki.

Menerusi video yang tular malam Jumaat memperlihatkan seorang lelaki menampar dan menendang mangsa yang juga jemaah lain pada bahagian muka.

Jemaah yang berusia 62 tahun dilihat sedang berjalan di belakang lelaki tersebut sambil membawa sejadah yang terkena bahagian belakang badannya sebelum lelaki itu bertindak agresif dengan memukul mangsa.

Kejadian tersebut berlaku pada 24 Ogos lalu di Masjid Felda Palong 7 Jempol, Negeri Sembilan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Azar Azmi, jemaah masjid, video tular

Artikel Lain