LEBIH dua tahun menjalankan perniagaan jamu Mutyara Beauty, ahli perniagaan Asyraf Khalid dan isterinya pelakon Indonesia Tya Arifin berkongsi kejayaan dengan menghadiahkan kereta mewah kepada dua orang pekerja mereka. Asyraf, 28, yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur kerana dikurniakan kakitangan yang berdedikasi dan komited dalam usaha menjayakan perniagaan itu. ARTIKEL BERKAITAN: Asyraf Khalid kesal tanggapan tumpang pengaruh Datuk K dan Siti Nurhaliza - “Tak guna kabel atau minta bantuan ayah!” “Antara doa saya dan isteri setiap kali ialah dikurniakan staf yang dedikasi dan komited. Alhamdulillah doa itu didengari dan Tuhan hantar kami insan berhati mulia dan waja untuk kami sama-sama meneruskan empayar ini. “Melihat dedikasi staf sebegini khususnya ia menjadi pembakar semangat dan sumber kekuatan. Kami tidak sendirian mengukuhkan perniagaan ini, sebaliknya kini 20 staf baru direkrut sejak Disember tahun lalu. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. ASYRAF KHALID AHLI PERNIAGAAN “Alhamdulillah dulu kami hanya ada dua ke tiga orang staf saja. Kini ia bercambah seiring dengan peredaran masa, ” kata Asyraf. Dua orang kakitangan Mutyara iaitu Nur Alia Shuhada Shafie, 25, dan Muhammad Amir Rizwan Kamaruzaman, 26, dihadiahkan kereta jenama Volkswagen berikutan prestasi serta dedikasi kerja mereka. Dalam pada itu, Asyraf turut bercerita tentang pengalamannya menempuh kesukaran demi mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi. “Saya pernah menceburi perniagaan lain sebelum ini. Ada antaranya turut kecundang di tengah jalan. Saya pernah gagal. Kejayaan itu tidak datang bergolek. Tewas itu juga jadi ruang saya bermuhasabah diri. Kereta Volkswagen yang dihadiahkan kepada dua orang staf Mutyara Beauty. “Tiada jaminan dalam hidup ini. Ada ketikanya kita boleh berada di atas. Dan mungkin esok lusa, kita jatuh terduduk di bawah. Itulah putaran kehidupan. “Namun untuk saya memastikan legasi ini kebal dan konsisten sudah cukup baik. Semoga kemanisan ini akan terus berpanjangan, ” ujarnya. Asyraf dan Tya mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 3, dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia setahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!