suria

Ulang tahun kelima perkahwinan, Nubhan dedah cinta ibarat ‘Kasim Selamat’, tidak direstu keluarga mertua - “Letak hantaran RM50,000 pitam pakcik!”

Nubhan turut menjelaskan isu perbelanjaan rumah tangga ditanggung oleh isterinya.

SEMPENA ulang tahun ke lima perkahwinan, penyanyi Nubhan berkongsi kisah percintaannya dengan isteri Dr Afifah Hidayah Tawfek yang pernah dihalang dan dipisahkan keluarga wanita itu.

Nubhan atau nama sebenar Ahmad Nubhan Ahamad, 34, berkata, keluarga mertua meletakkan harga hantaran tinggi dengan harapan dia tidak dapat menunaikan permintaan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nubhan percaya masih ada ruang untuknya dalam industri seni

"Masa I mula-mula nak pinang you (merujuk Afifah) tu... daddy you tak suka. Letak hantaran tinggi-tinggi supaya I tak boleh bagi hantaran. Iya... mereka letak RM50,000 hantaran, pitam pakcik.

“Lepas I kahwin dengan you, sebenarnya ibu sangat-sangat penyayang... dia sebenarnya sangat care pasal you. Dia risau you jatuh kat tangan orang yang tak betul, walaupun I yang jadi mangsanya.

Saya tak suka tunjuk-tunjuk tapi bila tak tunjuk tu orang kata saya yang ditanggung la apa la.

NUBHAN AHAMAD

PENYANYI

“Masa tu I datang rumah you, ibu you tak nak masak. Masa tu pedih hati... macam Kasim Selamat," katanya.

Bagaimanapun, Nubhan berkata, demi cintanya terhadap wanita itu, dia tidak pernah patah semangat dan cuba berusaha menunaikan permintaan keluarga mertuanya itu.

Malah, kata Nubhan, kehidupannya berubah menjadi lebih mudah selepas berkahwin dan rezeki dalam bidang perniagaan kosmetik semakin mencurah-curah.

Sementara itu, Nubhan berkata, dia tidak gemar menunjuk-nunjuk kemewahannya namun terpaksa menjelaskan hal sebenar bagi menepis dakwaan netizen yang menganggap kehidupannya ditanggung isterinya.



Nubhan dan Afifah menyambut ulang tahun kelima pada Sabtu.

"Lepas kahwin dengan you, bisnes I pun menjadi-jadi. Kita pun selalu ke luar negara bercuti.

"Saya tak suka tunjuk-tunjuk tapi bila tak tunjuk tu orang kata saya yang ditanggung la apa la. Ada yang kata isteri yang membanting tulang mencari rezeki untuk keluarga la. Semua tu tak betul. Sebab tu kami kena betulkan. Kalau tak, benda tu jadi fitnah," ujarnya.

Nubhan dan Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 3, dan Ahmad Aafan, 2.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Nubhan, Afifah Tawfek, artis kahwin

Artikel Lain