suria

Potong kek ke-15, Ruhainies harap ini sambutan hari jadi terakhir untuk tahun ini - “Berapa kali birthday dia setahun?”

Ruhainies menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 sebanyak 15 kali.

GARA-GARA menyambut ulang tahun kelahiran ke-28 sebanyak 15 kali, pelakon Ruhainies menerima pelbagai komen lucu daripada netizen.

Ruhainies atau nama sebenar Nur Ruhainies Farehah menerusi Instagramnya pada malam Sabtu mengucapkan terima kasih kepada orang sekelilingnya yang mengingati hari istimewa itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nampak seram, muka macam pondan!” - Ruhainies terhibur baca komen, kek ulang tahun sepatutnya berwajah ‘Barbie’ tapi tak jadi

"Kek hari jadi saya yang ke-15 untuk tahun ini. Terima kasih Allah kerana hantarkan orang-orang yang baik dalam hidup saya... untuk segala rezeki, rahmat dan cinta. Saya bersyukur.

My last birthday celebration last night! Cukup genap sebulan. Tak ada lagi lepas ni okey, jangan bazir duit,” tulis Ruhainies.

Tak habis lagi ke birthday... aku rasa dah sebulan lebih.

NETIZEN

Pelakon drama Hello, Mr Perfect! ini berkongsi foto serta video majlis sambutan ulang tahun yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian tersebut, segelintir netizen mempersoalkan tindakan Ruhainies yang menyambut ulang tahunnya sebanyak 15 kali dalam masa sebulan.

Malah, ada yang membandingkan sambutan ini dengan orang yang tidak berkemampuan untuk menyambut ulang tahun mereka walaupun sekali.

"Berapa kali birthday dia setahun?



Antara komen lucu netizen.

"Orang sambut birthday sehari saja... itupun yang sambut la. Ada ramai yang tak sambut langsung pun. Ini sebulan sambut birthday dah macam puasa.

"Tak habis lagi ke birthday... aku rasa dah sebulan lebih," komen beberapa netizen.

Sebelum ini, ulang tahun aktres itu yang sepatutnya pada 27 Julai disambut awal beberapa hari dalam sebuah majlis di sebuah hotel di Pulau Pinang yang diadakan oleh ahli keluarga dan teman rapatnya.

Kejutan ulang tahun tersebut turut mendapat perhatian ramai apabila foto dan video kek hari jadi yang dikongsikan Ruhainies di Instagram dengan rekaan wajah yang kelihatan pelik.

Kek tersebut disifatkan netizen sebagai menyeramkan dan tak kurang juga menganggap ia sebagai lucu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ruhainies, kek hari jadi

Artikel Lain