suria

Anak sulung Amar, Amyra Rosli cedera bahagian siku akibat terseliuh - “Nasib baik tiada yang serius”

Anak lelaki Amar Baharin terseliuh di bahagian siku kiri.

ANAK sulung kepada pasangan pelakon Amar Baharin dan Amyra Rosli iaitu Aqeef Anaqi dimasukkan ke hospital akibat dislokasi di bahagaian sendi siku kirinya.

Menurut Amar, 35, insiden tersebut berlaku ketika Anaqi, 3, sedang bermain di kediaman mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tiga bulan tak bekerja simpanan semakin berkurangan” - Amar Baharin syukur kembali jalani penggambaran

"Dia terkena subluxation atau dislokasi di bahagian sendi siku dia.

"Benda ni terjadi masa dia tengah main-main dekat rumah... terseliuh waktu Amyra nak suap dia makan.

Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast.

AMAR BAHARIN

PELAKON

"Biasalah budak-budak umur macam ni tengah nak explore," katanya kepada mStar.

Tambah Amar, anak lelakinya kini sudah dibenarkan pulang ke rumah dan berada dalam keadaan baik.

Pelakon drama Suamiku Encik Sotong ini turut bersyukur kerana kecederaan yang dialami Anaqi tidak terlalu serius.

"Alhamdulillah, Anaqi dah okey sikit... dia dah dekat rumah sekarang ni.



Amar dan isterinya, Amyra bersama anak-anak mereka.

"Nasib baik tak ada apa-apa yang terlalu serius. Cuma takutkan dia lasak sangat, kami pakaikan dia plaster cast supaya tak mengganggu proses untuk dia sembuh," ujarnya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 3, dan Ayra Aryssa yang lahir pada 1 Februari lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain