suria

“Tujuh lapisan perut kena potong nak keluarkan seorang anak” - Haziq kongsi pengalaman hampir pengsan teman isteri bersalin

Haziq berkongsi pengalaman menemani isterinya bersalin.

GENAP dua tahun usia anak keduanya Chyra Aulia, penyampai radio Hot FM iaitu Haziq berkongsi pengalaman menemani isterinya Ayunda Putri ketika melalui proses bersalin secara pembedahan.

Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 30, berkata, perkara itu membuatkan dia menyedari dan menghargai pengorbanan seorang ibu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ditanya soal kahwin dengan orang Indonesia, Haziq Hot FM kata tiada yang pelik - “Yang penting dia manusia, bukan dari planet lain”

Haziq berkata, dia hampir pengsan apabila doktor membelah perut isterinya dan meminta dia melihat dengan lebih dekat.

“Throwback pada hari puteri saya Chayra Auliya dilahirkan. Haziq ada dalam bilik pembedahan. Tengok macam mana doktor potong perut Ayunda Putri. Besar sungguh pengorbanan seorang ibu.

Tak sempat nak azankan anak, doktor azankan aku dulu.

HAZIQ HUSSNI

PENYAMPAI RADIO HOT FM

“Tujuh lapisan perut kena potong nak keluarkan seorang anak. Doktor siap suruh aku tengok lagi dalam perut Putri. Gila kau!

“Mana mahunya. Pengsan aku dalam tu kang. Tak sempat nak azankan anak, doktor azankan aku dulu, ” kata Haziq.

Haziq berkongsi pengalaman tersebut dengan memuat naik video dia bersama isterinya sewaktu di dalam bilik bedah menerusi di Instagram pada Isnin.

Rata-rata pengikut di laman sosial turut terhibur dengan kapsyen yang ditulisnya dan ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing.



Haziq bersama isterinya, Ayunda Putri dan anak-anak mereka.

Pengacara program Muzik-Muzik itu berkahwin dengan Ayunda Putri, 30, yang berasal dari Medan, Indonesia pada 15 Julai 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Heidi Nufael, 3, dan Charya Aulia, 2.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan