suria

Ayda Jebat, Nabil kongsi foto sempena Hari Merdeka, netizen pula yang 'panas hati' - “Jangan peluk-peluk gitu... belum halal lagi”

Ayda Jebat dan Nabil Mahir dapat perhatian netizen gara-gara sering berkongsi foto bersama di laman sosial.

TINDAKAN pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkongsi sebuah foto sempena Hari Kebangsaan Malaysia Ke-63 pada Ahad menerima kecaman netizen.

Rata-rata menegur dan berpendapat aksi mesra berpelukan di hadapan hiasan tanaman berbentuk bendera Malaysia sebagai tidak sesuai berikutan belum mempunyai ikatan yang sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen syak Ayda Jebat tinggal sebumbung dengan tunang, tapi ini alasannya - “Kita tak berani keluar sangat, baik jumpa di rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Ayda Jebat, Nabil bertunang secara online - “Kumpul ahli keluarga depan kamera... harap doa baik-baik”

"Selamat Hari Merdeka yang ke-63, Malaysia! Terima kasih kepada semua yang telah berkorban nyawa demi Malaysia dan kebebasan untuk kita semua. Kami sangat bertuah menjadi rakyat Malaysia," tulis Nabil.

Perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram Nabil itu menerima lebih 100 komen yang memberikan pendapat masing-masing.

Jangan peluk-peluk gitu... belum halal lagi.

NETIZEN

Malah, ada yang membandingkan mereka dengan pasangan penyanyi Syamel dan Ernie Zakri yang masih menjaga batas antara satu sama lain walaupun baharu mengikat tali pertunangan.

"Jangan peluk-peluk gitu... belum halal lagi. Cuba tengok Syamel dengan Ernie tu, tak geletis macam ni... tu fasal orang suka.

"Haram lagi hoi. Ada juga netizen komen pasangan romantik! Belum akad nikah celah mana boleh peluk-peluk, tak susah pun akad nikah bro.

"Alahai... belum kahwin, belum halal dah peluk-peluk. Tak panjang jodoh macam ni," komen beberapa netizen.



Ayda dan Nabil sebelum ini sering berkongsi foto dan video di kediaman yang sama.

Ayda dan Nabil mengikat tali pertunangan secara dalam talian (online) pada 28 April lalu.

Kisah perhubungan pasangan selebriti ini mula menjadi perbualan hangat netizen apabila Ayda berkongsi foto cincin lamaran yang diterimanya semasa ulang tahun kelahiran ke-28 pada 18 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain