suria

Usop dedah ramai mengaku saudara selepas jadi artis - “Benda tu dah selalu sangat saya lalui...”

Usop akui ramai mengaku saudara rapat.

PESERTA Big Stage 2020, Usop mengakui ramai yang datang dan mengaku sebagai kenalan rapatnya semenjak dia mula dikenali sebagai seorang penyanyi.

Usop atau nama sebenar Muhammad Saiful Naim Muhd Noor, 23, berkata, perkara itu terlalu kerap berlaku kepadanya sehingga ada pihak yang mengaku mempunyai pertalian darah dengan Usop.

ARTIKEL BERKAITAN: Usop bantu keluarga berniaga makanan sepanjang Ramadan - “Ada pelanggan happy dapat jumpa saya semasa COD”

"Ramai sangat dah yang buat macam tu. Daripada tak rapat tiba-tiba mengaku rapat.

"Benda tu dah selalu sangat dah saya lalui... sampai saya sendiri dah terbiasa.

Kadang-kadang bukan adik-beradik pun, dia mengaku adik-beradik.

USOP

PENYANYI

"Kadang-kadang bukan adik-beradik pun, dia mengaku adik-beradik. Apatah lagi sejak saya menyertai pertandingan ini," katanya kepada mStar.

Usop ditemui ketika sidang media konsert minggu ketiga Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Usop sempat berkongsi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) subjek Bahasa Inggeris yang diperolehnya.

Katanya, dia menganggap dirinya tidak bernasib baik dalam pelajaran dan memilih bidang nyanyian kerana minat.



Usop menganggap dirinya tiada rezeki dalam pelajaran.

"Keputusan SPM saya untuk Bahasa Inggeris E.

"Kalau kawan-kawan artis sembang, saya akan buat-buat faham dan hanya mengangguk. Saya cuma faham sikit-sikit bila orang cakap tapi tak pandai nak balas balik.

"Saya dulu hari-hari pergi sekolah tapi tu la, bukan rezeki saya untuk cemerlang dalam pelajaran," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Usop, Big Stage 2020, penyanyi, BBNU

Artikel Lain