suria

Selepas nenek, bapa Daler pula meninggal dunia akibat Covid-19 - “Banyak hajat dia belum kesampaian”

Daler sedih tidak dapat melihat jenazah bapanya buat kali terakhir.

SELEPAS kehilangan nenek pada bulan lalu, pelakon Daler Yusof sekali lagi diuji apabila bapanya Dusmat Hamroyev meninggal dunia pada Khamis.

Bapanya yang berusia 54 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di Uzbekistan selepas lebih 10 hari terlantar di hospital.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Daler Yusuf meninggal dunia selepas beberapa hari kritikal akibat Covid-19 - “Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya...”

Pelakon Tuan Anas Mikael ini berasa sedih apabila tidak dapat balik ke kampung halaman untuk menyempurnakan jenazah bapanya.



Daler kehilangan nenek 7 Ogos lalu.

“Ini adalah tahun paling sukar buat saya. Hari ini bapa saya meninggal dunia kerana Covid-19.

“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian tapi saya percaya Allah sayangkan dia lebih. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Minta semua doakan saya kuat” ujarnya.

Pada 7 Ogos lalu, Daler kehilangan neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang meninggal dunia akibat wabak itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain