PELAWAK Kumin meninggal dunia kira-kira pukul 12.31 tengah hari Khamis akibat jatuh dari katil di kediamannya yang terletak di Pandan Indah, Selangor. Exco Agama Persatuan Seniman Malaysia iaitu Salman Al Farisi ketika dihubungi berkata Allahyarham Kumin atau nama sebenar Khuzaimi Ismail, 49, berada dalam keadaan baik sebelum terjatuh secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri. ARTIKEL BERKAITAN: Bomba bantu bawa Kumin KU2 ke hospital akibat diserang angin pasang "Kami baharu mendapat perkhabaran sedih itu sebentar tadi. Kami dalam perjalanan ke rumah sewanya di Pandan Indah untuk menguruskan jenazah. "InsyaAllah jenazah akan dikebumikan selepas Asar. Apa-apa saya akan maklumkan kemudian," katanya ringkas. Allahyarham terpaksa dibawa ke hospital dengan bantuan pihak bomba pada 1 Ogos lalu. Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk dimandikan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Pada 31 Julai lalu, Kumin dimasukkan ke hospital selepas mengadu kebas anggota badan akibat serangan angin pasang. Allahyarham dibawa ke Hospital Ampang dengan bantuan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah. Kumin pernah mengecap populariti sebagai penyanyi duo KU2 dan fokus kepada kerja belakang tabir sebagai pengurus produksi. KU2 turut dianggotai Allahyarham pelawak Bob Kuman atau Husni Mohd Rawi. Duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi (1994), Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!