suria

Tak jaga postur kedudukan leher ketika bekerja, Naz Rahman jalani pembedahan rawat saraf tunjang

Keadaan di bahagian leher Naz selepas pembedahan.

GARA-GARA tidak menjaga postur kedudukan leher ketika bekerja, pengacara Naz Rahman terpaksa menjalani pembedahan untuk merawat saraf tunjang termampat di bahagian lehernya sekitar Mac lalu.

Menurut Naz, 42, dia mula merasai kesakitan di bahagian leher sejak 15 tahun lalu namun hanya membiarkan sahaja kerana beranggapan ia sekadar sakit biasa.

ARTIKEL BERKAITAN: "Jangan libatkan saya kalau nak publisiti murahan" - Makanan tak seperti ‘review', pengulas jadi sasaran

Pemilik nama Nazrudin Habibur Rahman ini akhirnya mengambil keputusan untuk melakukan pembedahan selepas tangan kanannya mangalami kebas dan berlaku insiden yang memalukan.



Naz menjalani pembedahan saraf tunjang pada Mac lalu.

"Saya terlalu banyak melakukan kerja suntingan dan membiarkan tengkuk saya tertunduk lama sangat. Disebabkan itu saraf tunjang saya sempit. Saraf itu terkepit dan lama kelamaan ia menjadi semakin kecil.

"Sebenarnya selama 15 tahun saya dah rasa sakit itu tapi mula-mula saya ingatkan angin, lepas urut-urut hilang tapi semakin lama urut pun tak rasa apa. Lama-kelamaan, kesan daripada sakit itu, tangan kanan saya memang jadi kebas.

"Tangan saya dah tak boleh rasa apa-apa. Pernah ketika saya sedang mengacarakan program tiba-tiba mikrofon tercampak. Beberapa kali juga berlaku dan sampai rasa malu.

Saya beranikan diri dan terpaksa juga bekerja tapi saya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi.

NAZ RAHMAN

PENGACARA

"Doktor pun marah saya, kenapa sampai melarat baru jumpa. Daripada melarat, saya pun ada tiga orang anak, masih muda lagi... lebih buat kita buat sekarang (pembedahan)," kata Naz kepada mStar.

Naz ditemui ketika majlis memperkenalkan tiga selebriti iaitu Wany Hasrita, Amira Othman dan Tasha Manshahar sebagai duta produk Bougas Beauty di Glam Hall, Mustapha Kamal, Petaling Jaya baru-baru ini.

Pada Mac lalu, Naz selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan saraf tunjang yang menyebabkan gangguan pada fungsi tangan kanannya selama lebih setahun.



Naz bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Dalam pada itu, pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan ini memberitahu biarpun keadaannya belum pulih sepenuhnya namun dia terpaksa mula bekerja demi kelangsungan hidup.

"Alhamdulillah, tangan yang sebelum ini kebas, dah semakin pulih. Sebenarnya keadaan saya masih lemah dan doktor kata jangan buat kerja lagi tapi apa nak buat... siapa nak bagi makan dekat anak-anak saya.

"Jadi, saya beranikan diri dan terpaksa juga bekerja tapi saya masih perlu menjalani rawatan fisioterapi. Untung masa PKP tak ada pekerjaan, jadi kita gunakan masa itu untuk recover," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain