suria

“Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban” - Tya Ariffin

Tya perlu banyak berkorban apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Asyraf.

MENINGGALKAN keluarga dan kerjaya seni di Indonesia selepas berkahwin dengan anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid merupakan pengorbanan terbesar pelakon Tya Ariffin.

Menurut Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 26, pada ketika itu dia bergelut antara cintakan keluarga, kerjaya seni dan masa depan bersama suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi rezeki, Tya Arifin, Asyraf Khalid hadiahkan kereta jenama Volkswagen kepada dua pekerja

"Berkahwin dengan Asyraf juga memerlukan saya banyak berkorban. Saya tinggalkan kerjaya seni di Indonesia yang sedang berkembang dan berjauhan dengan keluarga.

Tya akui bukan mudah untuk meninggalkan karier seni di Indonesia.

"Saya bukanlah datang daripada keluarga yang senang. Jadi sebelum ini pun saya mencari rezeki untuk membantu keluarga. Datang ke Malaysia juga saya perlu membiasakan diri dengan kehidupan di sini," kata Tya kepada mStar.

Pelakon yang berasal dari Indonesia itu mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada 1 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, 3 dan Azzahra Jiwa Asyraf yang kini berusia setahun.

Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga.

TYA ARIFFIN

PELAKON

Dalam pada itu, Tya mendedahkan dia pernah bertanyakan kepada Asyraf mengenai hala tuju hidupnya kerana tidak mahu menjadi seorang isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah.

Bagaimanapun, Tya menjelaskan dia tidak pernah menyesali dengan keputusan tersebut dan kehadiran anak sulungnya iaitu Arif Jiwa Asyraf mengubah kehidupannya.

"Jujur pada awal fasa perkahwinan, saya pernah bertanya kepada suami, hidup saya saat itu untuk apa? Saya pernah seperti rasa hilang punca. Takkan saya hanya mahu menjadi isteri yang hanya menunggu kepulangan suami di rumah.

Tya bersama suami dan dua orang anaknya.

"Sedangkan saya sangat aktif ketika hidup solo. Saya tidak biasa duduk diam. Bagaimanapun perasaan itu bukan bermaksud menyesali setiap keputusan yang dibuat.

"Cuma saya sentiasa percaya hidup ini perlu diteroka dan bukan hanya duduk berpeluk tubuh. Pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Kehadiran Arif boleh saya anggap satu hadiah dan isyarat yang cukup berharga.

"Posisi ibu mulai mengubah dimensi hidup saya. Menceburi dunia perniagaan Mutyara pada April 2018 juga mula membuka skop hidup saya jadi lebih luas,"ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain