JUTAWAN kosmetik Aliff Syukri meminta semua pihak tidak mengaitkan dia dengan penipuan yang dilakukan oleh bekas pembantu peribadinya (PA). Aliff berkata, dia tidak bertanggungjawab dengan kegiatan atau penipuan yang dilakukan individu tersebut memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang pertalian darah. ARTIKEL BERKAITAN: Patut dah check-in... plan 4 sekawan nak rai bakal pengantin punah akibat scam promosi resort, hanya tahu hal sebenar 2 hari sebelum bercuti - “Haram tetap haram” "Sebolehnya saya tak nak masuk campur masalah mereka. Tetapi terlalu ramai yang DM sampai saya pening. Tag IG saya yang nak berjumpa dengan saya termasuk pihak polis dan juga orang ramai. "Malah ada orang yang menghubungi saya untuk meminta duit atas kerugian yang mereka alami... untuk apa saya bayar duit korang? "Saya bukan abang dia atau saudara mara dia. Memang dia bekas staff dan tak lebih dari itu. Dia bekerja dengan saya selama hampir lima tahun," kata Aliff. Aliff membuat penjelasan pada status yang dimuat naik pelakon Rozita Che Wan. Sebelum itu, pasangan suami-isteri dikehendaki ramai pihak termasuk pelakon Rozita Che Wan apabila didakwa menipu jual beli pakej percutian. Rozita pada Selasa memuat naik perkara itu di laman sosial Instagramnya sehingga ramai netizen mengaitkan nama usahawan kosmetik itu. Saya sendiri tidak terlibat dengan apa yang mereka lakukan. ALIFF SYUKRI USAHAWAN Menerusi laporan mStar pada Selasa lalu, seorang pelajar bernama Fatin Sabrina tidak menyangka menjadi salah seorang mangsa scam berkenaan. Fatin mengetahui perkara sebenar selepas menghubungi resort yang sepatutnya dia dan rakan-rakannya rancang untuk menginap. Dalam pada itu, Aliff memohon agar semua pihak berhenti mengaitkan namanya dengan individu tersebut dan meminta mangsa menyelesaikan perkara itu dengan cara yang betul. "Kalau boleh saya tidak mahu ada kena mengena dengan dia dan saya tidak tahu sama sekali apa yang berlaku ke atas urusan anda. "Saya tidak ada kena mengena dengan urusan mereka dan saya berharap jangan ganggu saya atau Whatsapp saya tanya rumah, nombor dan nak duit. "Saya sendiri sekalipun tidak terlibat dengan apa apa yang mereka lakukan. Semoga masalah anda boleh diselesaikan dengan cara yang terbaik tanpa memalukan sesiapa," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!