suria

Pelakon 'Kamen Rider Hibiki' Ashina Sei ditemukan mati akibat bunuh diri

Ashina Sei ditemukan tidak bernyawa dikediamannya.

ARTIS popular Jepun, Ashina Sei yang dikenali dengan watak Hime dalam drama siri superhero Kamen Rider Hibiki ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Tokyo, pada Isnin.

Seperti dipetik Veriaty.com, pihak polis mengesahkan kematian aktres tersebut disebabkan bunuh diri.

ARTIKEL BERKAITAN: Aktres K-drama Oh In Hye meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya

Kematian Ashina adalah yang terbaharu melibatkan bintang terkenal Jepun yang membunuh diri termasuk aktor Haruma Miura dan bintang realiti Hana Kimura pada Julai dan Mei lalu.

Mayat Ashina ditemukan kakaknya selepas dia tidak menjawab panggilan telefon sejak Ahad lalu.

Ashina yang kini berusia 36 tahun memulakan kerjaya sebagai model fesyen pada usia remaja.

Dia memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2002 menerusi drama The Tail of Happiness (Shiawase no Shippo).

Kerjaya seninya semakin bersinar mengalahkan 800 artis lain untuk membintangi drama Silk yang merupakan kerjasama tiga negara iaitu Jepun, Kanada dan Itali pada tahun 2007.

Dia membintangi cukup banyak drama televisyen dan filem selama 10 tahun terakhir ini.

Ia termasuk peranan utama dalam drama Nanase: The Psychic Wandered (2010) dan siri Aino: Tokyo Detective Duo (2017 - sekarang).

Selain tampil di kaca TV, Ashina juga menjadi pengisi suara drama siri America Revenge pada tahun 2011.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain