suria

“Hello... bukan tak menyimpan, tanggungjawab kami banyak!” - Delimawati kesal masyarakat ‘pukul rata’ tuduh artis tak pandai urus duit

Pelakon Delimawati tidak kisah dengan tohmahan masyarakat.

KESAL dengan pandangan masyarakat tentang cara pengurusan wang golongan selebriti, dramatis Delimawati berkata, sebagai ibu tunggal dia mempunyai banyak komitmen yang perlu dilaksanakan.

Ujar Delimawati, 62, dia menggunakan pendapatan daripada hasil lakonan untuk untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan keluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: “Rumah tiada, nak belanja pun tak ada duit” - Delimawati sedih artis senior hidup dalam kemiskinan di hujung kerjaya

“Kadang-kadang mereka kata masa glamor dulu tak menyimpan, hello... bukan kami tidak menyimpan, tapi tanggungjawab kami pun banyak.

“Macam kami (pelakon) ni ramai ibu tunggal, nak sara anak-anak, kos kehidupan. Siapa yang tak nak menyimpan, siapa yang tak nak berjimat tapi hakikatnya nak survive pun tak cukup, ” ujarnya kepada mStar.

Saya tidak kisah orang nak kata apa pun... katalah! Janji saya tak pernah meminta-minta.

DELIMAWATI

PELAKON

Bagaimanapun ibu kepada lima orang cahaya mata ini enggan mengambil serius kata-kata negatif yang dilemparkan masyarakat kerana menurutnya dia tidak pernah meminta bantuan daripada orang ramai.

Malah pelakon yang popular menerusi filem Hantu Kak Limah ini memberitahu, dia mencari rezeki dengan titik peluh sendiri.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa pun... katalah! Janji saya tak pernah meminta-minta.

“Saya tidak mencuri, saya tak minta bantuan orang tapi saya hidup dengan cara saya sendiri, ” katanya ketika ditemui dalam majlis penyerahan surat tawaran kediaman mampu milik Projek Perumahan Rakyat (PPR) baru-baru ini.

Antara 25 orang selebriti yang menerima surat tawaran kediaman PPR.

Delimawati bersama 25 selebriti kurang berkemampuan menerima surat tawaran kediaman PPR kepada penggiat seni di Dewan PPR Lembah Subang 2.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Delimawati berkata dia bersyukur dan menganggap bantuan yang diterima ini sebagai satu rezeki yang dapat meringankan bebannya.

“Kita terima apa saja rezeki yang ada, Allah bagi rezeki macam ini kita terima je.

“Pada saya tak perlu nak ada rasa malu terima tawaran begini.

“Sewa di luar beribu-ribu, kalau ada job tak apa juga. Tapi yang ini boleh minta daripada anak-anak untuk bayar dua ratus lebih, ” katanya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain