suria

Percubaan Fattah Amin nyanyi lagu nasyid, 'Kiriman Agung' hadiah istimewa buat anak sulungnya

Fattah hadiahkan single terbaharunya Kiriman Agung untuk anak.

PELAKON dan penyanyi popular Fattah Amin melancarkan single Islamik, Kiriman Agung yang istimewa untuk anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 30, ini berkata, lagu ciptaan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya ini merupakan doa dan harapan seorang bapa untuk anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Akhirnya Fattah umum Fazura hamil empat bulan - “Ini waktu paling tepat kami dikurniakan zuriat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Siapa kata saya main-main menyanyi?” - Fattah Amin pernah ada 'band' ketika zaman kolej

“Lagu ini adalah hadiah buat anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Insya Allah. Lagu ini lebih kepada doa dan harapan seorang ayah untuk zuriat yang bakal dilahirkan.

"Bagi saya, lagu ini bukan saja untuk saya, tapi juga buat mereka yang bakal bergelar bapa.



Fattah bersama isterinya Fazura bakal menimang cahaya mata dalam masa terdekat.

“Malah, untuk lagu ini keseluruhan idea dan konsep datang daripada saya. Saya bagi direction kepada Hafiz dan Fedtri untuk buat lagu ini.

"Saya ceritakan pada mereka macam mana yang saya mahukan untuk lagu ini. Jadi, secara asasnya lagu ini lahir dari hati saya untuk disampaikan pada pendengar, ” katanya.

Suami kepada aktres Fazura berkata, Kiriman Agung itu juga merupakan percubaan pertamanya menyanyikan lagu dalam genre nasyid dan ketuhanan.

Karya ketuhanan pertama ini menjadi eksperimen yang terbaik untuk Fattah mencari peminat dari genre berlainan.

Kombinasi antara muzik, lirik dan lontaran vokal daripada Fattah menjadikan naskhah ini lebih bermakna dan bermanfaat buat semua.

Berkongsi lebih lanjut mengenai genre lagu ini, Fattah berkata, proses rakaman lagu itu memberikan pengalaman baharu buat diriya sebagai penyanyi.

“Sebenarnya saya sudah lama nak nyanyi lagu ketuhanan atau Islamik. Tapi, ini pertama kali dapat peluang daripada Universal Music Malaysia dan dapat pula berkolaborasi dengan Hafiz Hamidun dan Fedtri Yahya.

“Nak cakap susah atau tak, tentu saja susah. Apatah lagi ini percubaan pertama saya sebab tak pernah nyanyi lagu seperti ini. Tapi, Alhamdulillah dapat tunjuk ajar daripada penerbit, ” katanya.

Sama seperti single yang dihasilkan sebelum ini, Fattah juga meletakkan harapan agar lagu itu dapat diterima baik pendengar muzik tempatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain