suria

Kenal sebelum jadi 'hero Malaya', Idris Md Diah orang pertama yakin bakat Remy Ishak - “Tak percaya? kau tengoklah nanti”

Remy dedah Allahyarham Idris orang pertama percaya bakat lakonannya.

PEMERGIAN dramatis veteran Idris Md Diah memberi memberi kesan kepada rakan artis yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham termasuklah pelakon terkenal Remy Ishak.

Berkongsi pengalaman mula memasuki dunia seni, Remy berkata, Allahyarham antara orang pertama yang menyedari dan percaya dengan bakat lakonannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon '7 Hari Mencintaiku' Idris Mat Diah meninggal dunia dalam tidu

“Dik... InsyaAllah kau boleh pergi jauh, bukan senang nak cari pelakon yang ada rasa, abang percaya dengan kau.

"Tak percaya? kau tengoklah nanti” tulis Remy.



Idris meninggal dunia dalam tidur.

Idris Mohd Diah meninggal dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya awal pagi Isnin.

Pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia mengenali Allahyarham ketika berlakon dalam telefilem untuk RTM dan ketika dia belum dikenali sebagai Remy Ishak.

"Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan. Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie untuk RTM dengan Abg Dris dan Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.

"Tak ada orang yang kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abang Dris kat telinga.

"Semoga abang di tempatkan kalangan orang yang beriman dan beramal soleh," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain