ANAK bongsu kepada pelakon veteran Allahyarham Idris Md Diah yang dikenali sebagai Alia meluahkan rasa sedih apabila hasrat bapa untuk melihatnya berkahwin pada 25 Disember depan tidak kesampaian. Menurut Alia atau nama sebenarnya Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27, dia hanya sempat membawa bapanya melihat lokasi majlis perkahwinannya nanti. ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon '7 Hari Mencintaiku' Idris Md Diah meninggal dunia dalam tidur "Agak terkilan dan sedih sebab saya satu-satunya puteri arwah tapi betul-betul lagi 100 hari saya nak kahwin, arwah meninggal dunia. Arwah pun nampak macam sedih apabila majlis saya semakin dekat. Idris meninggal dunia secara mengejut pada pagi, Isnin. "Soalan terakhir yang arwah tanya dekat saya berkenaan kad kahwin saya bila nak siap sebab majlis lagi 100 hari dan dia nak bagi jemputan kepada rakan-rakannya. "Alhamdulillah persiapan hampir selesai sebab saya sejenis yang tak nak susahkan atau libatkan orang. Saya pun sempat bawa arwah ayah tengok lokasi majlis saya. "Saya kurang pasti arwah ayah ada hajat atau tidak sebab dia jenis tak bercerita sangat tapi dia selalu tanya tentang persiapan perkahwinan saya," kata Alia kepada mStar. Saya juga nak tegaskan yang arwah ayah tidak pernah ada akaun laman sosial. NUR ALIA MULIYANI ANAK BONGSU IDRIS MD DIAH Alia memberitahu dia tidak mengetahui punca sebenar kematian bapanya yang meninggal dunia secara mengejut namun arwah mempunyai penyakit kencing manis dan sejak kebelakangan ini tiada selera makan. Allahyarham Idris, 61, yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan meninggal dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin di kediamannya di Presint 9, Putrajaya. Dalam pada itu, Alia memohon pertolongan rakan-rakan bapanya untuk menghubunginya jika ada kerja atau hutang arwah yang masih tertangguh. Anak bongsu Idris tegaskan arwah tidak mempunyai akaun laman sosial. Alia juga menegaskan bapanya tidak mempunyai sebarang akaun laman sosial dan meminta mana-mana pihak tidak menyalahgunakan nama dan foto arwah. "Soal kerja arwah masih belum diketahui... jadi, saya minta tolong rakan-rakan arwah jika ada apa-apa yang tertangguh ataupun arwah ada berhutang dengan sesiapa boleh berhubung dengan saya. "Saya juga nak tegaskan yang arwah ayah tidak pernah ada akaun laman sosial. Saya mohon sesiapa yang buat akaun palsu gunakan nama arwah, tolong padam gambar dia," ujarnya. Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Che Hawa Abu Bakar, 60 dan dua orang cahay mata bernama Muhammad Afiq Husaini Mohd Idris, 28 serta Nur Alia Muliyani Mohd Idris, 27. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!