ENGGAN terus berada dalam zon selesa, penyanyi Andi Bernadee tampil dengan genre muzik berbeza menerusi lagu terbaharunya berjudul Penat. Andi berkata setelah tiga tahun bergelar penyanyi, dia ingin mempelbagaikan jenis muzik dalam karier nyanyiannya dan tidak mahu terikat dengan irama reggaeton sahaja. “Walaupun saya berjaya menempa nama melalui muzik reggaeton, namun kali ini saya nekad untuk untuk mempertaruhkan lagu balada pula. ARTIKEL BERKAITAN: Aksi gigit leher wanita seksi, MV Andi Bernadee dikecam bercanggah dengan ajaran Islam - “Maaf... anda sepatutnya tahu batasan” "Saya mahu keluar daripada zon selesa dan ingin mempelbagaikan lagi jenis muzik dalam karya saya... memang ini bukan kali pertama saya membawakan lagu berentak balada, namun karya kali ini mempamerkan jenis balada yang berbeza dan lebih sesuai dengan citarasa muzik saya," katanya. Video muzik (MV) Penat telah dilancarkan di laman YouTube pada Khamis. Peminat puji kualiti MV lagu ini. Rata-rata penonton mengakui teruja dan memuji penghasilan MV untuk lagu tersebut. "MV memang international level... terbaik untuk tahun 2020. "Lain daripada lain lagu kali ini Andi Bernadee. Tahniah! Lirik dan melodi sangat berbeza, eksperimen terbaik dari Andi," komen penonton. MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini ANDI BERNADEE PENYANYI Sementara itu, penyanyi berusia 28 tahun ini berharap lagu tersebut menerima maklum balas positif daripada peminat. "Saya berharap lagu ini mendapat sambutan positif pendengar walaupun ianya berbeza daripada lagu-lagu hits saya sebelum ini. "Lagu ini saya tuju khas buat para peminat yang setia menyokong saya selama ini. Saya tidak akan pernah penat menghasilkan karya-karya terbaik untuk mereka. "MV Penat juga merupakan antara video muzik yang memakan kos tertinggi pernah dihasilkan setakat ini," katanya. Single ini adalah hasil terbitan Warner Music Malaysia sudah boleh didapati di semua platform digital bermula Rabu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!