KEHADIRAN pendakwah selebriti PU Riz di majlis pernikahan adik pengacara terkenal Neelofa iaitu Mohd Aqief pada malam Ahad menarik perhatian netizen. Menerusi perkongsian foto dan video yang dimuat naik adik-beradik pengacara ini, Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, kelihatan memakai baju berwarna biru muda sedondon dengan pihak keluarga pengantin lelaki. ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa bercerita tentang PU Riz, banyak memuji - “Saya pilih dia sebab...” Riz juga difahamkan menjadi salah seorang saksi untuk pernikahan adik pengacara Next To Neelofa itu. Selain itu, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila turut berkongsi video di Instastory miliknya meletakkan emoji berbentuk hati ketika pasangan ini sedang berbual. Adik Neelofa turut memuat naik foto keluarga yang turut memperlihatkan PU Riz. Sebelum ini, gosip mereka mula diperkatakan selepas pelakon Ada Apa Dengan Dosa ini sering menjadi imam di solat tarawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa pada Ramadan lalu. Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 31, memberitahu dia mengenali Riz sejak tiga tahun lalu dan sering bekerjasama dalam program dakwah. Malah, mereka kelihatan rapat selepas Riz menguruskan Pertubuhan Kasih Neelofa. Antara foto yang tersebar di media sosial. "Penglibatan dia banyak dalam pertubuhan Kasih Neelofa. Saya dah biasa dengan dia dan ustaz Tarmizi. Tapi jaduan ustaz Tarmizi sudah padat dan Haris pula lebih flexible sebab tengah belajar. "Saya pilih dia sebab nak seseorang yang ada platform dalam bidang seni dan boleh jadi jurucakap supaya tiada salah, memandangkan saya tiada latar belakang ilmu agama Islam yang luas," ujarnya. Dalam pada itu, PU Riz turut menepis gosip itu dan menjelaskan hubungannya dengan Neelofa hanya atas dasar kerja semata-mata. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!