suria

Ditegur pakaian kurang sesuai, Mira Filzah hargai cara bapa luah kasih sayang - “Jeans tu ketat dan blouse kamu paras paha...”

Mira menerima teguran bapanya dan berjanji akan lebih berhati-hati.

PELAKON Mira Filzah mendedahkan pernah ditegur bapanya iaitu Badioezaman Ab Khalik gara-gara berpakaian tidak sesuai ketika di khalayak umum.

Bagaimanapun, Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, berkata, apa yang dilakukan bapanya itu merupakan salah satu cara dia meluahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

Mira berkongsi cerita itu menerusi laman sosial Instagram sambil menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56.

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah nikah malam ini, kisah cinta bermula daripada Instagram ke WhatsApp - “Saya beritahu ibu mahu berkahwin dengan Emir”

“Abah merupakan seorang lelaki yang unik. Dia tidak banyak bercakap tetapi dia mempunyai cara meluahkan rasa cinta dan sayangnya.

“Terima kasih untuk semua kasih dan sayang sejak 2 April 1993. Saya sayang kamu. Kamu tiada galang gantinya.

Dia tak banyak bercakap tapi mempunyai cara meluahkan rasa cinta dan sayangnya.

MIRA FILZAH

PELAKON

“Selamat hari jadi ke-56 cinta pertama! Moga Allah sentiasa melindungi kamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam sehari, ” katanya.



Mira Filzah menganggap bapanya mempunyai cara tersendiri meluahkan kasih sayang.

Menerusi posting tersebut, Mira turut memuat naik paparan skrin menunjukkan perbualan bersama bapanya menerusi aplikasi WhatssApp.

Dalam perbualan itu, Badioezaman menegur pemakaian Mira yang dianggap tidak sesuai sebagai seorang wanita muslimah.

"Jeans tu ketat dan blouse kamu paras paha. Kalau baju paras lutut tak nampak teruk sangat.

“Di masa hadapan jika ia akan dipaparkan di media, cuba elak pakai begitu.

“Mungkin kerana dia terlalu berkilat dan sekaligus nampak jelas bentuknya, ” tulisnya.

Mira menerima teguran tersebut dan berjanji akan lebih berhati-hati.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Mira Filzah, Wan Emir, pelakon popular,

Artikel Lain