PROGRAM realiti nyanyian popular Gegar Vaganza kini kembali untuk musim ketujuh dengan menampilkan persaingan 12 peserta solo dan dua berkumpulan. Musim terbaharu ini menyaksikan peserta wanita terdiri daripada penyanyi terkenal iaitu Noraniza Idris, Haslinda, Ashira, Rozita Izlyn, Ayu Damit dan Linda Nanuwil.ARTIKEL BERKAITAN: Wann Bossanova kembali 'meneran', Ramli MS cabar penyanyi veteran - “Saya tunggu bunyi mahal daripada mereka dalam GV6” Manakala peserta lelaki pula ialah Mus May, Clif Umar (Projek Pistol), Yantzen, Nomad, Aju dan Oja. Kumpulan Indigo dan Eva turut bakal memberikan saingan kepada peserta solo lain pada musim ini. Senarai itu diumumkan pihak Astro menerusi sidang media di Envi Skydining, Aras 36, Menara Ta One, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur pada Selasa. Haslinda, Clif Umar dan Yantzen antara peserta GV7. Sementara itu Pengurus Saluran Astro Ria iaitu Emarina Mohd Kamal memberitahu edisi kali ini tidak dapat membawa penyanyi dari negara jiran seperti musim sebelum berikutan pandemik Covid-19. “Untuk musim yang terbaharu, senarai 14 penyanyi akan beraksi di pentas GV pada kali ini merupakan gabungan bintang-bintang daripada pelbagai latar belakang. “Mungkin ada juga peminat di luar sana yang tertanya-tanya mengenai penyertaan dari negara jiran seperti musim sebelum ini tapi kali ini hanya seorang saja penyanyi berasal dari Singapura yang menetap di Malaysia iaitu Yantzen “Seperti yang semua sedia maklum, 2020 merupakan tahun yang sangat mencabar buat seluruh dunia berikutan penularan Covid-16. Krisis berkenaan membataskan banyak perancangan Astro termasuk produksi GV sendiri, ” katanya. GV6 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober depan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. Ia akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad, 9 malam. Jihan dan Nabil masih kekal sebagai pengacara GV7. GV6 masih mengekalkan Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai hos manakala penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim menjadi juri tetap disamping pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS. Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Untuk rekod, musim pertama Gegar Vaganza dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana pada musim kedua, Azharina (GV3), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), manakala tahun lalu kejutan mempunyai dua juara iaitu Naqiu serta Hady Mirza. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!