SETELAH 20 hari mendiamkan diri kerana bersedih dengan kehilangan insan tersayang, akhirnya pelakon Daler Yusof kembali aktif memuat naik foto terbaharu di laman Instagram miliknya pada Rabu. Menurut Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, dia menghilangkan diri daripada laman sosial kerana terkesan dengan pemergian bapanya iaitu Dusmat Hamroyev dan nenek, Muhammadiyeva Shodi. Meskipun mengambil masa yang lama untuk memulihkan emosinya, pelakon drama bersiri Encik Suami Mat Salih Celup ini memberitahu keadaannya kini semakin baik. ARTIKEL BERKAITAN: Selepas nenek, bapa Daler pula meninggal dunia akibat Covid-19 - “Banyak hajat dia belum kesampaian” ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Daler Yusuf meninggal dunia selepas beberapa hari kritikal akibat Covid-19 - “Dia lebih daripada seorang ibu kepada saya...” "Assalamualaikum semua... akhirnya saya kembali selepas berehat panjang kerana kehilangan ahli keluarga. Daler muat naik kapsyen perkembangan terkininya di Instagram. "Alhamdulillah, sekarang ini saya semakin baik. Kali ini daler nak buat promosi my honey cake!," katanya. Daler berkongsi perkembangan terkininya itu menerusi laman Instagram pada Rabu. Pada 3 September lalu, bapanya yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir di Uzbekistan selepas lebih 10 hari terlantar di hospital. Daler sedih kerana dua insan tersayang pergi akibat Covid-19. Daler berkata dia berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menyempurnakan jenazah bapanya. Sebelum itu, neneknya Muhammadiyeva Shodi yang berusia 76 tahun turut meninggal dunia akibat wabak tersebut pada 7 Ogos lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!