SETELAH lebih tiga tahun berusaha menambah zuriat, akhirnya pasangan pelakon Yana Samsudin dan Fadzil Zahari bakal dikurniakan cahaya mata kedua tidak lama lagi. Fadzil memaklumkan isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan anak kedua mereka itu dijangka akan dilahirkan pada awal November ini. "Alhamdulillah nak maklumkan pada kawan-kawan dan saudara mara semua yang isteri abang dah mengandung lapan bulan setelah lebih tiga tahun menunggu dan usaha. ARTIKEL BERKAITAN: Yana Samsudin Selamat Melahirkan Bayi Lelaki "Terima kasih pada semua yang doakan... hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa anda semua. Aisy Mateen tak cemburu pun, adik nak keluar bulan depan," katanya. Fadzil berkongsi berita gembira itu bersempena ulang tahun kelahiran isterinya yang ke-36 pada Jumaat. Fadzil kongsi berita gembira di Instagram. "Alhamdulillah... sempena hari Jumaat yang mulia ni abang ucapkan selamat hari lahir kepada isteri tersayangku Yana Samsudin. "Terima kasih kerana terima saya seadanya... sama-sama kongsi hidup lebih kurang dah lima tahun... campur tiga tahun sebelum kahwin, dah lapan tahun berkenalan," ujarnya. Terima kasih semua.... memang tak nampak sangat! FADZIL ZAHARI PELAKON Rata-rata pengikut di Instagram turut teruja serta tidak menyangka Yana sudah hamil dan bakal melahirkan cahaya mata tidak lama lagi. Lebih-lebih lagi pasangan ini tidak pernah memaklumkan mengenai kehamilan itu dan gambar yang dimuat naik di laman sosial tidak menampakkan seperti ibu sedang mengandung. Keluarga bahagia. "Terima kasih semua.... memang tak nampak (perut) sangat," jawab Fadzil. Yana dan Fadzil mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Aisy Mateen pada 21 Julai 2016. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!