suria

Emosi Qody jadi ‘mangsa’ Big Stage, layak masuk final selepas gimik tersingkir bersama Farisha Iris

Farisha (kanan) gagal mara ke final manakala Qody (kiri) berjaya meneruskan saingan minggu depan.

PENGUMUMAN penyingkiran penyanyi Qody Rany dan Farisha Iris daripada program Big Stage 2020 di peringkat separuh akhir mengejutkan banyak pihak.

Namun lebih mengejutkan selepas beberapa minit pengumuman dibuat, Astro mengundang 'drama' apabila Qody dimasukkan semula sekaligus melayakkannya meneruskan perjuangannya di pentas akhir rancangan tersebut pada minggu hadapan.

Ini bermaksud Farisha sebagai satu-satunya peserta wanita yang menyanyikan lagu Semalam dan Ratusan Purnama tersingkir selepas menerima markah sebanyak 68.50.

ARTIKEL BERKAITA: Ramai pelik kenapa Qody Rany tak popular, suara sedap tapi orang ‘tak nampak’ - “Nak salahkan siapa, bukan masa saya lagi”

Menurut juri jemputan iaitu penyanyi Datuk Shafinaz Selamat, meskipun persembahan Farisha berada pada tahap baik namun suara atas (top note) kedengaran seperti sengau dan perlu diperbaiki lagi.

Dari kiri Azzam Sham, Usop, Fadh Majid, Qody dan Dinie Rashid.

“Saya harapkan persembahan awak bertahap tidak kurang daripada semi final. Maksudnya, saya nak yang terbaik sahaja. Persembahan awak daripada segi diction, clarity serta tone sudah cantik, tapi perlu fokus pada dinamik persembahan.

“Sebab graf pesermbahan hari ini sama saja... mendatar. Tapi lower range awak bagus cuma top note agak sengau.

"Cara nak tahu senang saja... cuba tutup hidung, mesti tahu sengau ke tak, ” kata Shafinaz.

Sementara itu penyanyi Azzam Sham menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 81.9 peratus, diikuti oleh Usop (75.6) Fadh Majid (73.1), Qody (71.7) dan Dinie Rashid sekaligus melayakkan mereka ke pentas akhir.

Kesemua peserta diadili oleh tiga juri tetap iaitu Dayang Nurfaizah, Ajai serta Faizal Tahir manakala seperti biasa penyanyi Elly Mazlein pula merupakan presiden netizen.

Big Stage dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Juara Big Stage akan memenangi wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro dan pemenang tempat kedua serta ketiga pula bakal membawa pulang wang RM50,000 dan RM25,000 serta trofi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain