PERNAH terjebak dengan pengambilan barang terlarang, vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya dadah. Justeru itu, Radhi atau nama sebenar Mohd Radhi Razali, 43, berkata dia akan melancarkan radio dalam talian yang diberi nama 'Manthul FM' bagi berkongsi pengalaman hitamnya itu. "Alhamdulillah... saya dan team akan membuka satu studio dan melancarkan radio online pertama dan slot kelolaan saya nanti akan mengetengahkan mengenai individu yang terjebak dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Radhi OAG tukar fakta, sah ceraikan isteri sejak Mac "Sudah lama saya pasang impian nak kongsi pengalaman hidup dan saya tidak malu untuk akui saya seorang recovering addict kerana inilah kehidupan saya sekarang. "InsyaAllah, 10 Oktober ini kita akan lancarkan Manthul FM... saya salah seorang penyampai! Untuk slot kendalian saya itu nanti kita akan bercerita tentang pengalaman, tapi jangan risau ada juga segmen lain yang menarik dalam radio itu nanti," katanya kepada mStar. Radhi mahu kongsi pengetahuannya mengenai bahaya dadah. Radhi berkata demikian ketika ditemui pada majlis pra pelancaran filem Puteri Gunung Sengkuang yang berlangsung di Hotel Grand Millennium, Kuala Lumpur pada Rabu. Sementara itu, Radhi bersedia menerima apa jua kritikan pendengar dan tidak bimbang dengan kecaman yang bakal diterima daripada mana-mana pihak yang berasa kurang senang dengan penubuhan Manthul FM ini. Orang kita ni dia ada perasaan malu dan segan nak mengakui apabila terjebak benda-benda ni. Dalam program kami ini beri kebebasan mereka bercerita apa sahaja! RADHI PENYANYI Katanya, dia mahu memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih untuk bangkit dan tidak berasa diri terasing hanya kerana pernah terjebak dengan kegiatan tidak bermoral itu. "Mungkin akan ada yang rasa kurang senang... tapi saya tidak takut dengan kecaman yang bakal diterima sebab saya kena berterus-terang tentang isu ini. Radhi bawa anak perempuan, Aishah jadi penyampai radio. "Mungkin dengan berkongsi ilmu ini nanti dapat beri manfaat kepada orang lain, kalau mereka terbuka untuk berkongsi, saya lagi suka! "Selalunya, orang kita ni dia ada perasaan malu dan segan nak mengakui apabila terjebak benda-benda ni. Dalam program kami ini beri kebebasan mereka bercerita apa sahaja!," ujarnya. Selain berkongsi mengenai sejarah hitam terjebak penagihan dadah, Radhi juga akan bercerita mengenai kisah peribadi termasuklah memberi peluang kepada anak perempuannya, Aishah, 5, yang akan menjadi penyampai radio dalam salah satu segmen. Sebelum ini Radhi pernah mengikuti pemulihan di rumah pengasih kira-kira 10 tahun lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!