suria

Finas ingatkan produksi patuh SOP, elak penggambaran di Zon Merah

Finas turut meminta tiada sebarang aktiviti penggambara dilakukan di zon merah. Gambar hiasan.

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengingatkan semua syarikat produksi yang akan dan sedang menjalani penggambaran agar mematuhi prosedur operasi standard (OSP) yang ditetapkan kerajaan.

Dalam kenyataan, Finas turut meminta tiada sebarang aktiviti penggambara dilakukan di zon merah.

ARTIKEL BERKAITAN: Uji bakat dalam talian, tiada babak sentuhan dan tidak lebih 20 orang antara syarat penggambaran dalam tempoh PKPB

"Finas mengambil maklum tentang peningkatan kes penularan jangkitan Covid-19 sehingga ke hari ini di seluruh negara.

"Sehubungan dengan itu, Finas mengambil langkah proaktif bagi mengingatkan kepada semua syarikat produksi yang sedang dan akan melakukan aktiviti penggambaran untuk memastikan pelaksanaan semua garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan disinfeksi premis serta penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan yang telah dimaklumkan termasuklah mengelakkan sebarang aktiviti penggambaran di kawasan yang telah diklasifikasikan sebagai zon merah.



Finas berharap produksi mematuhi SOP yang ditetapkan. Gambar hiasan.

"Dengan adanya kawalan kesihatan dan dipatuhi sepenuhnya, kita dapat mengekang penularan jangkitan Covid- 19 ini dari terus berleluasa," ujarnya.

Dalam pada itu, Finas berharap semua penggiat industri sentiasa mematuhi garis panduan dan membiasakan diri dengan norma baharu agar semua aktiviti perfileman dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa jangkitan Covid-19.

Terdahulu, penularan Covid-19 di negara ini merekodkan jumlah paling tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 432 kes menjadikan keseluruhan 12,813 kes setakat Isnin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain