suria

Beri 10 peluang kepada suami, Bella Astillah kesal netizen hanya baca tajuk artikel - “Memang saya cakap tapi bukan macam itu”

Bella memohon agar netizen mendoakan yang baik-baik kepada dia dan suami.

PELAKON dan penyanyi Bella Astillah mengaku ada mengeluarkan kenyataan untuk memberi 10 peluang kepada suaminya Aliff Aziz seperti yang dilaporkan beberapa portal hiburan baru-baru ini.

Bagaimanapun Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, berkata tajuk yang diolah untuk artikel itu telah disalah anggap dan menggundang komen negetif netizen terhadap dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz keluar penjara, Bella Astillah tetap bangga - “Dia dah terima balasan di dunia dan sedang memperbaiki diri”

Biarpun memahami tugas media namun Bella meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir netizen yang gemar meninggal komen dengan hanya membaca tajuk.



Tajuk artikel di sebuah portal yang menggabungkan kenyataan Bella.

"Saya ada nampak satu artikel sebuah portal di Twitter dan tajuk dia 'Saya bukan bodoh, 10 peluang pun saya akan bagi'. Memang saya cakap tapi bukan macam itu.

"Mereka dah gabungkan apa yang saya cakap. Tapi saya faham dan tidak salahkan media. Saya tahu mereka buat macam itu supaya orang tertarik nak baca.

"Tapi masalahnya sekarang ini orang dekat luar sana... tak nak baca. Mereka nampak tajuk dan terus komen. Tapi... tak apa la," kata Bella menerusi laman Instastory pada Khamis.

10 atau 100 kemaafan sekalipun itu keputusan masing-masing.

BELLA ASTILLAH

PELAKON & PENYANYI

Menerusi artikel di portal tersebut yang diambil menerusi temubual bersama Pancaindera, Bella memberitahu biarpun dirinya dilabel perempuan bodoh namun dia enggan melayan persepsi negatif netizen.

Malah, penyanyi lagu Tenang ini menganggap peluang yang diberikan kepada suaminya itu merupakan risiko yang ditanggungnya sendiri.

Dalam pada itu, kakak kepada penyanyi Didi Astillah ini mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mendoakan yang baik-baik untuknya sekeluarga.



Aliff masih belum berkesempatan bertemu dengan anak keduanya berikutan pandemik Covid-19.

"Sebaiknya doakan untuk orang lain. 10 atau 100 kemaafan sekalipun itu keputusan masing-masing. Jaga diri adalah lebih afdal sebab kita tak boleh tahu akan datang masa depan kita pula macam mana.

"Terima kasih yang mendoakan yang baik-baik. Semua datang dari-Nya dan yang tak baik daripada saya sendiri. #Bepositive," ujarnya.

Sebelum ini, Bella dan Aliff membuat keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu selepas suaminya beberapa kali kantoi curang namun pasangan itu rujuk kembali ketika dalam tempoh edah.

Bella dan Aliff mempunyai dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain