BERPEGANG kepada prinsip enggan menoleh kebelakang, penyanyi Sophia Liana berkata dia tidak mahu hidupnya dibayangi kisah silam dahulu. Menurut Sophia, setiap orang harus berfikiran positif, menghargai insan sekeliling dan terus maju ke hadapan walaupun diuji dengan pelbagai cabaran hidup. Bagi menyampaikan mesej positif itu, Sophia muncul dengan lagu terbaharu berjudul Dulu membawa pendengar menyelami pengalaman peribadinya masa lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Kerjaya sebagai penari beri kelebihan Sophia Liana juarai Dansa Dansing, bawa pulang RM100,000 “Bukan sahaja penyampaian yang berbeza, malah ia juga lebih bersifat peribadi dalam menceritakan tentang perasaan saya dulu dan sekarang. Lagu ini diinspirasikan dari situasi pahit yang pernah saya lalui suatu masa dahulu. “Apa yang saya cuba sampaikan dalam lagu ini adalah untuk maju terus ke depan, berhenti menoleh ke belakang. To move on is to let go of the past. “Yang penting adalah hidup mereka hari ini dan hari-hari mendatang, ” katanya. Sophia enggan toleh kebelakang lagi. Sementara itu, Sophia berharap mesej yang terkandung dalam single terbaharunya itu mampu memberi impak positif kepada pendengar. Jelasnya, Dulu menampilkan sesuatu yang berbeza dari apa yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dulu membawa mesej tentang pentingnya mencintai diri sendiri dan mengutamakan sahsiah diri dengan melepaskan masa lalu untuk terus bergerak maju ke hadapan. SOPHIA LIANA PENYANYI “Saya berharap lagu Dulu ini mendapat sambutan positif pendengar dan mesej yang cuba disampaikan dalam lagu ini boleh membantu seseorang itu memahami bahawa perjalanan hidup mereka waktu dulu itu sudah pun berlalu. “Dulu membawa mesej tentang pentingnya mencintai diri sendiri dan mengutamakan sahsiah diri dengan melepaskan masa lalu untuk terus bergerak maju ke hadapan, ” ujarnya. Lagu terbitan bersama Sophia Liana, Lion Music Group dan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di platform digital bermula Jumaat lalu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!