suria

Aaron Aziz sedih lepaskan anak belajar di Jepun selama tiga tahun - “Ya Allah jauhilah dia dari wabak penyakit, gangguan syaitan dan jin”

Anak sulung Aaron iaitu Danish menyambung pelajarannya di Jepun selama tiga tahun.

PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa sedih untuk melepaskan anak sulungnya iaitu Danish Anaqi, 16 untuk terbang ke Jepun bagi menyambung pelajarannya selama tiga tahun.

Biarpun berasa hati berat, Aaron atau Aaron Mustapha Aziz, 44, meletakkan kepercayaan dan keyakinan pada Allah supaya melindungi anak lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaron Aziz sedih asrama tahfiz diroboh, 40 pelajar terpaksa tidur di dewan - “Bukan sebab menyalahi undang-undang atau kaitan politik”

"TabarakAllah Ya Allah engkau la sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron. Saya tinggalkan dia di tanganMu Ya Allah.

Permudahkan segala urusan mereka, beri mereka ketenangan dalam pelajaran dan agama.

AARON AZIZ

PELAKON

"Lindungi dia dan semua pelajar daripada bahaya yang dapat dilihat dan tidak dilihat. Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk tiga tahun di Jepun," kata Aaron.

Aaron turut memaklumkan, Danish mengambil kursus pra diploma dalam jurusan Politik Global di sebuah kolej di negara itu.

Pelakon filem KL Gangster itu berkongsi foto dan video ketika dia menghantar anaknya di sebuah lapangan terbang menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.

Menerusi video yang dikongsi, Aaron berdoa agar segala urusan Danish dipermudahkan dan berharap anaknya dapat melakukan yang terbaik.



Aaron memuat naik video ketika menghantar anaknya di lapangan terbang.

"Ya Allah, lindungilah anakku dan semua pelajar. Permudahkan segala urusan mereka, beri mereka ketenangan dalam pelajaran dan agama. Kelilingilah mereka dengan kasih sayang dan orang baik-baik.

"Perliharalah dia dari kezaliman manusia, malapetaka, bencana, penyakit wabak dan juga gangguan syaitan serta jin. Jaga diri abang, daddy loves you. Do your best in college, bye sayang and all the best, " ujarnya.

Selain Danish, Aaron juga mempunyai dua orang cahaya mata perempuan iaitu Dwi Ariana, 14, Dahlia Arissa, 10.

Aaron mendirikan rumah tangga dengan Datin Diyana Halik pada 2003.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain