suria

Netizen tak puas hati kenyataan Faezah Elai travel banyak lebih bijak dari belajar tinggi - “Dekat kapal terbang kau serve makanan dan cuci jamban je”

Faezah Elai tegur sikap biadab netizen di laman sosial.

PERKONGSIAN pengalaman pelakon Faezah Elai di laman YouTube penyanyi Zarul Umbrella mengenai kehidupannya sebagai pramugari mengundang rasa kurang senang segelintir netizen.

Faezah atau nama sebenarnya Noor Faezah Md Elai, 38, menjelaskan kenyataannya mengenai seseorang mampu memiliki banyak pengalaman dengan melancong walaupun tanpa pendidikan tinggi tidak bermaksud melarang orang lain menyambung pelajaran ke universiti.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu tiri berhak untuk dihargai, Faezah Elai beri nasihat kepada golongan ibu - “Jangan cucuk anak suruh benci tapi hang tak jaga!”

"Dalam video temu bual saya bersama Zarul tentang kehidupan ketika saya menjadi pramugari, ada saya sebut jika anda ada masters atau PhD tapi tak pernah travel berbanding orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel terutama pengembara solo, pengalaman mereka ini lebih banyak dan mereka lebih terbuka serta bijak.



Paparan komen negatif netizen di laman sosial Faezah Elai.

"Tak semua orang mampu belajar sampai peringkat ijazah, kadang-kadang bukan sebab duit tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, budaya dan agama.

"Saya tak cakap jangan belajar tinggi sebab saya pun belajar sampai universiti. Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah di luar negara. Belajar tentang sabar bila kena maki, tentang erti syukur, kena layan orang makan, sedar diri kita tak hebat mana pun walaupun ketika itu gaji RM8,000 ke RM10,000 sebulan," katanya.

Budak sekarang apa masalah dengan cuci jamban ini? Hang tak pernah cuci jamban ka?

FAEZAH ELAI

PELAKON

Menerusi Instagram Faezah memuat naik komen netizen yang memperlekehkan pekerjaannya sebagai pramugari yang dianggap sekadar menyediakan makanan dan mencuci jamban di atas kapal terbang.

"Ingat senang ke nak dapat masters atau PhD, kat kapal terbang tu kau serve makanan dan cuci jamban je" ujar seorang individu din ruangan komen Instagram milik aktres berkenaan.

Dalam pada itu, Faezah turut memberi nasihat kepada individu yang menggunakan akaun Instagram @AliaSuid dan @Semalamku agar tidak bersikap biadab dan menghormati pekerjaan orang lain.

"Alia Suid, sebab anda dah block saya, nasihat saya adalah kalau degree anda buat anda jadi sombong, dan tiada adab, biarlah bodoh. @Semalamku, anda seorang bapa dan bagaimana anda nak mengajar anak anda tentang adab bila anda tidak memiliknya.

"Hormatlah perkerjaan orang lain walaupun cuci jamban, sebab hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia daripada kita yang kononnya rasa pandai tapi tak ada adab tapi kalau kata-kata saya menyakitkan orang lain, saya minta maaf," ujarnya.



Faezah berkongsi pengalaman sebagai pramugari.

Sementara itu, Faezah meluahkan rasa hairan dengan segelintir golongan muda zaman sekarang yang berasa jijik untuk mencuci jamban bilik air.

"Budak sekarang apa masalah dengan cuci jamban ini? Hang tak pernah cuci jamban ka? Habis siapa duk cuci jamban rumah hang? Saya tidak kongsi ini untuk anda semua kecam dia.

"Tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat walau hakikatnya kita yang buta perut.

"Alhamdulillah dapat laki yang suka travel juga walaupum 'fly' tiga tahun... tiga tahun sudah mencukupi," ujarnya.

Untuk rekod, Faezah bertugas sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan pada tahun 2003 hingga 2005 sebelum menceburi dunia seni.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain