PENYANYI Fauziah Latiff mengakui berdepan kesukaran untuk memilih juara dalam program Immortal Songs episod ketujuh yang bersiaran di TV3 pada Ahad lalu. Setelah menilai beberapa faktor, Fauziah akhirnya memilih Syamel sebagai pemenang kerana terpukau dengan karakter yang ditonjolkan oleh penyanyi itu. "Sejujurnya susah nak pilih pemenang disebabkan Syamel dan Ernie Zakri mendapat markah yang sama... sangat mencabar nak buat keputusan! ARTIKEL BERKAITAN: “Sejujurnya saya masih takut!” - Fauziah Latiff keluar bila perlu, elak gelombang kedua Covid-19 "Saya akui kedua-duanya memiliki vokal yang baik. Malah, pemilihan lagu serta susunan muzik juga bagus! Tak mudah untuk saya menilai kerana tak jauh beza. "Tapi akhirnya saya memilih Syamel kerana personalitinya. Itu menjadi keutamaan, dia nampak menyenangkan di atas pentas, ada aura dan attitude yang baik," katanya kepada mStar. Persembahan bertenaga Syamel dapat pujian. Fauziah Latiff merupakan salah seorang artis legenda yang dijemput bagi menilai penyanyi yang mempersembahkan lagu asal nyanyiannya dalam nafas baharu. Dalam episod terakhir itu, Syamel dan Ernie menerima markah yang sama daripada juri awam iaitu sebanyak 746 peratus. Erni Zakri mempersembahkan lagu Setiaku Korbankan dan Syamel pula menyampaikan lagu Teratai Layu Di Tasik Madu mengikut susunan muzik baharu. Selain Syamel dan Ernie, penyanyi lain yang turut bertanding minggu ini ialah Khai Bahar, Adira, Adzrin dan Layla Sania. Kemenangan Syamel itu melayakkan dia membawa pulang wang tunai RM10,000. Enam penyanyi bersaing dalam Immortal Songs episod 7 minggu ini. Dalam pada itu, Fauziah turut memuji usaha dan kesungguhan yang dilakukan penyanyi berusia 26 tahun ini. "Syamel penyanyi yang bagus... dia ada potensi untuk pergi jauh sebab nampak bersedia dengan buat banyak latihan. Malah pemilihan lagu serta susunan muzik yang baik dan ada semangat kerjasama. "Saya lihat dia menghargai orang sekeliling sampaikan pemuzik pun dia ucap terima kasih, saya percaya dia akan kekalkan sikap rendah diri itu. "Kita doakan dia mampu pergi lebih jauh dan diberikan lagu-lagu yang baik untuk karier masa depan kerana dia ada pelapis harapan. Saya percaya ramai lagi pengkarya muda yang kreatif, cumanya mereka perlu diberi peluang untuk asah bakat masing-masing," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!TONTON VIDEO PILIHAN!