suria

Bekas kekasih Yonnyboii muncul semula tagih cinta selepas popular - “Dulu hari-hari buat lagu untuk dia tapi tak dilayan!”

Yonnyboii sudah memaafkan orang yang pernah membulinya.

SELEPAS dirinya semakin dikenali dalam industri muzik, penyanyi dan komposer muda Yonnyboii mengakui terdapat kenalan ketika di kolej yang pernah membulinya ingin berkawan semula.

Biarpun pernah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadapnya namun Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, tetap memaafkan mereka tanpa menyimpan sebarang perasaan dendam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak ramai kawan, suka menyendiri dan cepat marah” - Yonnyboii cerita kisah peribadi di zaman sekolah

Menurut Yonnyboii, dia menyedari tidak ramai yang ingin mendekatinya disebabkan memiliki ciri-ciri Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ketika zaman persekolahan.



Yonnyboii tidak simpan dendam terhadap kenalan yang pernah membulinya.

"Tiba-tiba ada yang nak berkawan dengan saya dan ada juga kawan-kawan waktu kolej yang pernah buli saya hubungi semula. Malah, salah seorang itu juga sudah menjadi rakan kongsi perniagaan.

"Bagi saya, kita kena maafkan orang walaupun mereka pernah buat sesuatu yang tidak baik terhadap kita. Kalau saya di tempat mereka, saya pun tak nak kawan dengan orang yang pelik.

"Tapi bila dah semakin matang, kita faham kenapa orang tak nak kawan dengan kita. Mungkin mereka tak boleh terima kita ini lain daripada orang lain dalam kelas.

Ada la juga cuba mendekati... bekas kekasih pun ada mencari saya semula.

YONNYBOII

PENYANYI

"Saya ada ADHD... setiap kali saya bercakap atau over excited akan jadi over-react. Bila kita terlalu teruja bila jumpa orang, itu yang nampak pelik," kata Yonnyboii kepada mStar.

Penyanyi lagu Sakit ini ditemui ketika malam Finale Suria Duo X yang diadakan di Dewan Kristal, Pusat Konvensyen TM, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menerusi laporan mStar pada 4 April lalu, Yonnyboii berkata dia tidak mempunyai ramai kawan ketika di sekolah dan lebih gemar menyendiri, memendam rasa dan cepat marah.



Yonnyboii berharap dia tidak akan pernah bertemu dengan bekas kekasihnya.

Dalam pada itu, Yonnyboii mendedahkan selain ada beberapa wanita yang cuba mendekati, bekas kekasihnya juga muncul kembali mencarinya.

Kata penyanyi lagu Salahku ini, dia sudah memaafkan wanita tersebut namun berharap mereka tidak lagi bertemu.

"Ada la juga cuba mendekati... bekas kekasih pun ada mencari saya semula. Dulu boleh katakan hari-hari saya buat lagu untuk dia tapi tidak pernah layan.

"Kalau saya ada perasaan iri hati, mungkin saya tidak akan layan dengan baik. Walaupun masih ada perasaan marah tapi saya sudah maafkannya. Cuma, kalau boleh saya tidak mahu bertemu dengan dia lagi," ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain