suria

‘Gila’ kerja mungkin punca kini jadi penyakit… Syamsul Yusof mengaku rumah tangga berdepan masalah, dapat nasihat kaunseling

Syamsul mengakui Puteri Sarah seorang isteri yang baik dan anak-anak merupakan keutamaannya.

SETELAH agak lama isu membabitkan rumah tangga Syamsul Yusof menjadi perbualan ramai, pengarah dan pelakon itu akhirnya tampil menjelaskan mengenai status sebenar.

Mengakui bahtera yang dibina berhadapan masalah, Syamsul, 36, bagaimanapun berkata dia dan Puteri Sarah Liyana kini dalam proses memperbaiki hubungan dengan mendapatkan nasihat daripada pihak yang sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof buat laporan polis selepas terima ancaman - “Saya mati pun tak apa, anak jangan sentuh”

Malah jelas pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof ini, kehadiran Puteri Sarah di pejabat agama pada 18 September lalu tidak melibatkan isu penceraian.

"Semua orang pun tahu dia pergi ke pejabat agama tapi bukan sebab kami nak bercerai. Cuma tiada jalan lain, kami perlu mengambil nasihat daripada kaunseling.



Syamsul mahu utamakan anak-anaknya.

"Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan. Saya tidak boleh cakap lebih soal rumah tangga tapi apa yang boleh saya cakap... dia seorang isteri yang baik.

"Yang penting sekarang ini anak-anak. Mungkin sebab saya terlalu obses dengan kerja saya. Jadi seperti penyakit... saya jadi gila dengan kerja saya.

"Sepatutnya apabila kerja dah siap, relaks la. Nak kata duit... Alhamdulillah, rezeki ada. Tapi kenapa saya selalu nak bekerja," kata Syamsul kepada mStar.

Pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur fitnah sebuah saluran YouTube.

Insya-Allah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

SYAMSUL YUSOF

PENGARAH & PELAKON

Dalam pada itu pengarah dan pelakon filem Munafik ini mengakui berasa tertekan apabila berdepan dengan dugaan tersebut ketika dia sedang sibuk menyiapkan projek filem dan lagunya.

Bagaimanapun dia percaya dan yakin apa yang berlaku tidak akan menjejaskan urusan dalam memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah.

"Saya tertekan sebab sibuk dengan projek filem dan lagu dan dalam masa sama nak perbaiki hubungan kami lagi. Jadi, saya perlukan ketenangan



Syamsul membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej berbaur ugutan kepada dirinya dan keluarga.

"Tapi pada masa yang sama timbul isu YouTuber buat fitnah... ada yang hantar mesej ugutan la. Sekarang ini mood saya tengah sakit hati... nak selesaikan masalah kena tenang.

"Tapi InsyaAllah apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan saya dan Sarah dalam urusan nak perbaiki hubungan kami.

"Sarah seorang yang sangat memahami dan apa yang terjadi, dia sentiasa beri sokongan," ujarnya.

Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain