suria

“Tak perlu kerap periksa telefon pasangan, cukup tahu password sahaja” - Syifa Melvin kongsi pendapat jaga privasi dalam hubungan

Syifa berjaya mengabaikan orang yang membencinya.

MENERIMA pelbagai kecaman dan komen negatif di laman sosial tidak pernah mematahkan semangat pelakon Syifa Melvin untuk mencipta kejayaan dalam kehidupannya.

Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 26, berkata, dia mampu berdepan dengan kecaman dalam keadaan tenang disebabkan doa dan kata-kata semangat yang diterima daripada segelintir netizen di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa, Syatilla Melvin kini jutawan kosmetik, nafi guna 'cable' sebagai jalan pintas untuk berjaya

"Sebab setiap kali kena kecam, Syifa terima mesej-mesej yang mendoakan macam ini di DM. Dengan doa kalian juga Syifa berjaya ignore the haters.



Syifa berkongsi perkara itu di laman Instagram miliknya.

"Mesej-mesej macam ini membuktikan masih ramai lagi manusia yang berhati bersih dan baik. Terima kasih atas doa awak," kata Syifa.

Syifa berkongsi perkara itu dengan memuat naik komen peminat yang mendoakan aktres itu berjaya dalam kehidupan di ruang Ask Me Question di Instastory miliknya.

Sebelum ini, adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu pernah dikecam apabila didakwa mempunyai hubungan rapat dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) iaitu Safawi Rasid.

Dalam pada itu, Syifa turut menerima pertanyaan daripada netizen yang meminta pandangannya mengenai kehidupan privasi dalam sebuah hubungan.

Syifa lebih rela tak tahu dari tahu... sebab kesihatan mental saya adalah nombor satu.

SYIFA MELVIN

PELAKON

Syifa berpendapat tidak salah sekiranya seseorang itu ingin mengambil tahu tentang privasi pasangannya namun perlu meletakkan had supaya tidak timbul isu kepercayaan.

"Open minded tak salah tapi janganlah sampai ada trust issue. Kita kena hormat privasi masing-masing. Tahu password tak apa tapi sekadar tahu sebagai rujukan bila kecemasan.

"Nak periksa selalu itu Syifa rasa macam tak ok kot sebab kalau kita menghormati privasi pasangan kita, mereka akan lebih senang dengan kita.

Syifa lebih mementingkan kesihatan mentalnya.

"Kalau kita selalu periksa itu takut mereka buat diam-diam sebab sampai benda itu pun nak kawal. Kalau tak puas hati apa tanya jangan sampai cari sendiri dalam telefon," ujarnya.

Sementara itu, Syifa mengakui dia lebih memilih untuk tidak mengambil tahu privasi pasangan kerana beranggapan ia akan mengganggu emosinya.

"Syifa lebih rela tak tahu dari tahu... sebab kesihatan mental saya adalah nombor satu. Kalau kita buka telefon dia tapi tak ada apa pun tapi kita masih tak puas hati.

"Sebenarnya memang tak ada pun kita saja syak wasangka, lepas itu sebenarnya apa yang kita nak kita pun tak tahu lepas itu pasangan ita menyampah dengan kita. Tak baguslah," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain