suria

10 tahun berlakon, Intan Ladyana enggan bawa watak sama... hanya pilih yang sesuai dengan usia!

Intan menegaskan dia tidak pernah hilang dari industri seni.

PELAKON Intan Ladyana mengakui dia tidak pernah menghilangkan diri dari industri seni namun hanya kurang aktif dalam dunia lakonan kerana kini lebih memilih watak.

Menurut Intan atau nama sebenarnya Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 38, dia enggan membawa watak yang sama memandangkan sudah lebih 10 tahun dalam bidang tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Ladyana buka cerita tentang Harris Alif, kongsi sebab tertarik dengan lelaki muda - “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya”

"Saya tidak menghilang... ada saja. Cuma tidak aktif seperti dahulu yang selepas satu drama, ada lagi drama lain. Saya ada saja terima tawaran tapi agak memilih juga.



Intan mahu watak yang berbeza.

"Sebabkan saya dah lama berlakon dan bawa pelbagai watak. Jadi, saya mahukan kelainan sebab itu agak memilihlah," kata Intan kepada mStar.

Intan menceburi bidang seni pada usia 23 tahun dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005/06 anjuran majalah Remaja.

Dia membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Tipah Tertipu The Movie (2006) arahan pelakon dan pengarah Ahmad Idham.

Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton.

INTAN LADYANA

PELAKON

Dalam pada itu, pelakon filem Town Mall ini memberitahu dia tidak berasa tergugat dengan kehadiran bintang-bintang baharu yang lebih muda daripadanya.

Kata Intan, dia percaya masing-masing mempunyai rezeki dan watak yang ditawarkan sudah tentu bersesuaian dengan usia mereka.

"Rezeki masing-masing dan setiap drama ada watak yang berbeza. Pelakon baharu yang muda mungkin tak boleh pegang watak yang sesuai dengan kita.



Intan tidak pernah berasa tergugat dengan kehadiran bakat baharu.

"Saya pun tak kan nak bawa watak budak sekolah lagi... dah tak sesuai. Mereka pun, tak mungkin boleh bawa watak seorang ibu anak tiga.

"Bagi saya, watak kami tidak sama. Orang berusia macam saya, diberikan watak yang lebih matang. Saya terbuka nak ditawarkan watak yang sesuai dengan usia saya.

"Tak semestinya kalau kita bukan bawa watak heroin, kita tak akan dikenali. Ada saja watak sampingan yang memberi impak yang lebih baik kepada penonton. Sebab itu wujudnya anugerah pelakon pembantu terbaik," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain