suria

Budak tengah 'pokai' dapat balik kampung tengok ibu gara-gara duit tip Hans Isaac

Hans berkongsi komen individu yang mendedahkan pernah menerima pertolongan daripadanya.

SIAPA sangka pertolongan kecil yang dilakukan pelakon dan pengarah terkenal Datuk Hans Isaac memberi kesan mendalam kepada kehidupan seseorang.

Menerusi satu paparan skrin yang dimuat naik di Instagram Hans, individu dikenali sebagai Ly Dain itu mendedahkan aktor tersebut pernah memberikannya upah iaitu tip selepas selesai bermain golf.

ARTIKEL BERKAITAN: Hans Isaac tulis status ‘kesilapan lama ulang lagi!’, netizen pula petik nama Ahmad Idham - “Saya bebas berkongsi apa sahaja”

Malah individu tersebut mengucapkan terima kasih kepada Hans yang menjadi penyelamat ketika dirinya dalam kesusahan dan sempat pulang ke rumah bertemu ibunya.



Hans berkongsi komen tersebut untuk memberi pengingatan.

"Datuk... Dulu datuk ade bagi tip kat saya lepas datuk habis main golf. Duit tip itu saya buat modal isi minyak motor. Dapat la balik rumah tengok arwah mak saya.

"Waktu itu tengah bulan... tengah kering poket. Terima Kasih banyak-banyak ya. Semoga tuhan memberkati kehidupan Datuk... aamiin," komen individu tersebut.

Pelakon filem Baik Punya Cilok itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Isnin.

Saya tidak sedar apa yang saya lakukan itu tetapi terima kasih atas perkongsian ini.

HANS ISAAC

PELAKON

Perkongsian tersebut mendapat pujian daripada netizen yang menganggap apa yang dilakukan Hans itu merupakan tindakan yang mulia.

Dalam pada itu, Hans memberitahu tujuan dia berkongsi perkara tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk namun hanya ingin menjadikan pengingatan supaya tidak lupa tentang kesusahan orang lain.

Biarpun tindakan tersebut dilakukan tanpa disedari namun Hans turut mengucapkan terima kasih dan mendoakan agar Allah sentiasa melindungi individu itu dalam waktu yang sukar.



Hans berterima kasih kepada individu tersebut atas perkongsiannya.

"Kadang-kadang sekecil-kecil tindakan dapat membuat perbezaan, perkongsian ini adalah satu contoh yang menunjukkan jangan sesekali lupa bahawa ada yang lebih susah dari orang lain dan jangan ambik kesempatan begitu sahaja.

"Saya tidak sedar apa yang saya lakukan itu tetapi terima kasih atas perkongsian ini. Saya doakan kasih sayang Allah melindungi anda dalam masa yang sukar dan bantu awak dengan peredaran masa selepas kehilangan mak," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain