suria

Selepas berniqab, ramai tanya Neelofa cukur kening ke tidak? Ini penjelasannya...

Ramai netizen bertanya tentang bentuk kening Neelofa.

SELEPAS tampil dengan imej berniqab, pengacara Neelofa menerusi Instastory pada Selasa memberitahu dia menerima banyak pertanyaan mengenai bentuk keningnya.

Menjawab persoalan itu, Neelofa menjelaskan apa yang dilihat sekarang adalah bentuk asli kerana dia sudah lama tidak mencukur atau cabut bulu keningnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa kini berniqab, mohon doa perjalanan baharunya dilindungi Allah

"Saya dah lama tak cukur kening, jadi biarkan saja dia macam ini, untuk mereka yang tertanya saya cukur kening ka tidak? Kening memang tak dicukur dan tak dicabut," katanya.

Neelofa menjawab pertanyaan netizen di media sosial.

Selain itu, bekas pengacara MeleTOP ini juga memuat naik petikan hadis sahih al-Bukhari berkaitan hukum mencabut bulu pada muka.

Hadis itu bermaksud - Allah melaknati orang yang membuat tatu, yang meminta dibuat tatu untuknya, yang mencabut bulu di muka, yang meminta dicabutkan bulu di mukanya dan orang yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mana mereka semua telah menukarkan ciptaan Allah.

Neelofa mengejutkan dunia seni apabila mengumumkan keputusannya untuk berniqab pada Khamis lalu.

Tindakannya itu mendapat pujian dan perhatian sehingga laman sosial Instagramnya naik mendadak kepada 7.9 juta sekaligus menjadikan dia sebagai selebriti dengan pengikut paling ramai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain