PRIHATIN dengan kesusahan yang dialami rakyat Sabah akibat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, pelakon Aeril Zafrel mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan. Suami kepada pelakon Wawa Zainal, 29, meminta mana-mana individu yang terkesan agar menghubunginya segera menerusi mesej peribadi Instagram. ARTIKEL BERKAITAN: Tayang kemewahan... Wawa Zainal, Aeril Zafrel bukan raih kekayaan cara mudah - “Empat tahun bukan sekejap, sekarang pun tak kaya lagi!” “Orang Sabah terkesan dengan Covid-19, terutamanya di zon merah yang perlukan bantuan sila DM (mesej) saya sekarang” “Siap-siap bagi nombor akaun sekali ya” tulisnya. Aeril minta individu yang terkesan hubunginya di IG. Dalam pada itu, rata-rata netizen termasuk beberapa selebriti memuji dan menyokong tindakan yang dilakukan pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu dalam membantu meringankan beban masyarakat Sabah. Mereka turut berdoa agar keluarga Aeril dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat perlindungan Allah. “Semoga Allah rahmati kamu dan keluarga" uyar Faizal Tahir. “Alhamdulillah, bagus Aeril dan Wawa. Semoga Allah murahkan rezeki kalian sekeluarga. Bangga jadi orang Malaysia” tulis Nadia Anuar. Penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 865 kes baharu, menjadikan keseluruhan 21,363 kes setakat Isnin. Sabah merekodkan catatan pesakit positif Covid-19 tertinggi sebanyak 643 kes diikuti Selangor (101), Labuan (34), Pulau Pinang (26), Perak (18), Melaka (16) dan Wilayah Persekutuan (1). Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!