TIDAK mahu hanya sekadar menunggu, penyanyi Qody Rany lebih selesa mencari sendiri lagu yang bersesuaian dengan suaranya dengan meminta daripada beberapa komposer. Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata dia perlu memilih untuk mendapatkan sesebuah karya yang bagus mengikut kemahuannya. ARTIKEL BERKAITAN: “Kita jual bakat, bukannya kisah peribadi” - Qody Rany anggap kahwin bukan halangan untuk jadi artis "Saya tidak mahu hanya menunggu orang datang dekat kita saja. Memang sejak dahulu lagi, saya akan cari sendiri lagu dengan bertanyakan kepada komposer yang saya kenal. Nak dapat lagu sesuai kenalah cari sendiri. QODY RANY PENYANYI "Bagi saya, nak dapatkan lagu bersesuai dengan diri kenalah cari sendiri. Saya kena cari apa yang saya mahu dan lagu itu mestilah berkualiti. "Pemilihan lagu itu sangat penting sebab kalau ada komposer bagi lagu bagus pun kalau tak sesuai dengan suara saya, buat apa kan," kata Qody kepada mStar. Qody yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam program realiti Big Stage musim ketiga ini telah melancarkan lagu terbaharu berjudul Egois pada 2 Oktober lalu. Dalam pada itu, Qody memberitahu single terbaharunya itu bukan dicipta khas untuknya namun ia merupakan lagu simpanan komposer Ikhwan Fatanna. Qody lancarkan lagu terbaharu berjudul Egois pada awal Oktober lalu. "Lagu Egois itu bukan dicipta untuk saya tapi ia merupakan lagu simpanan Ikhwan. Sebelum itu, saya ada tanya dan minta lagu daripada beberapa komposer. "Akhirnya saya tanya dekat Ikhwan dan dia berikan lagu itu kepada saya sebab katanya sesuai dengan range suara saya. Lagu itu diberikan sebelum saya masuk Big Stage. "Ada juga beberapa komposer bagi lagu dekat saya tapi hati saya tertarik dengan Egois sebab sesuai dengan diri saya. Alhamdulillah... lagu itu pun menerima sambutan yang baik," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!