TINDAKAN mengejut pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya memadam akaun Instagramnya pada Khamis menimbulkan tanda tanya dalam kalangan pengikut laman sosial itu. Bagaimanapun, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya, 37, tampil menjelaskan perkara itu berlaku secara tidak sengaja disebabkan kesilapan teknikal. ARTIKEL BERKAITAN: Awal risau Scha banyak berubah ketika hamil - “Tengok TV pun tutup suara, dia rasa rimas dan sensitif dengan bunyi” Menurut Scha, kesilapan itu berlaku ketika dia ingin membuat pautan akaun perniagaan Facebook kepada akaun laman Instagram miliknya. Status terakhir Scha mengundang kebimbangan. Kata Scha lagi, dia akan membuka semula laman sosialnya selepas selesai dikemaskini. "Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak di cerita panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya. "Nak terangkan di akaun Awal dan Lara macam tak kena pula. Jadi, saya cuba kemaskini semula dan maklumkan apabila sudah berjaya buat semula," katanya kepada mStar. Saya silap ‘deactivated’ akaun sebab nak ‘link’ kan akaun perniagaan Facebook. SCHA AL-YAHYA PELAKON Akaun @schaalyahya yang memiliki lebih 5 juta pengikut itu tidak boleh diakses sejak malam Khamis dan netizen mula membuat pelbagai andaian. Ada yang beranggapan ia digodam, malah tidak kurang juga menyifatkan isteri kepada pengacara terkenal, Awal Ashaari itu mahu ‘berehat’ dari media sosial memandangkan sedang hamil. Scha turut memuat naik status terakhir mengatakan 'I've had enough' sebelum bertindak menutup akaun Instagram miliknya. Scha kini sedang hamil anak kedua. Malah, netizen juga mula meninggalkan pertanyaan di ruang komen suaminya yang juga pengacara program Melodi. Menerusi laporan mStar pada 7 September lalu, Awal mendedahkan kelakuan isterinya tidak seperti kebiasaan ketika sedang hamil. Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal pada 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Lara Alana yang kini berusia enam tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!