suria

Daus Eli kongsi kisah privasi dalam MV 'Takdir Kita' - “Jalan cerita sebenar dari awal perkahwinan hingga bercerai”

Daus cerita kisah rumah tangga dalam muzik video.

KISAH rumah tangga Daus Eli pernah menjadi perhatian apabila penyanyi itu didakwa menceraikan isteri ketika masih dalam pantang selepas melahirkan anak ketiga mereka.

Enggan membiarkan perkara itu berterusan menjadi persoalan, Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli mengabadikan perjalanan hidupnya itu menerusi lagu Takdir Kita.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan buka pekung rumah tangga, hanya luahan hati untuk bekas isteri” - Dua tahun berdiam, Daus Eli akui tertekan selepas bercerai

“Walaupun ia kisah benar kehidupan saya, tapi tidak sepenuhnya dipaparkan. Saya masih mahu menjaga sensitiviti pihak lain.



Daus abdikan kisah rumah tangganya menerusi lagu Takdir Kita.

"Tidak mahu timbul sebarang isu pula. Cuma, menerusi jalan cerita MV ini, ia adalah salah satu cara saya mahu mendekati masyarakat.

"Apa yang pasti, segala persoalan terjawab dalam MV ini. Saya mahu beritahu bahawa saya bukan suka-suka nak bercerai," kata Daus kepada mStar.

Keputusan Daus menceraikan isterinya iaitu Syaza Shamimi selepas dua minggu kelahiran anak ketiga mereka mengundang kecaman netizen.

Menerusi laporan mStar pada 1 Februari tahun lalu, Daus bagaimanapun menegaskan keputusan untuk bercerai dibuat selepas berbincang dengan bekas isterinya.

Alasan utama, lagu ini lebih matang dan kena dengan peredaran muzik semasa.

DAUS ELI

PENYANYI

Daus berkahwin dengan Syaza pada 7 Jun 203 dan mereka bercerai secara baik di Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Sarawak dengan talak satu.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Delysha Senzela, 6, Myesha Sehrish, 3 dan Ayesha Sheraz yang kini berusia satu tahun.

Dalam pada itu, Daus mengakui dia tidak berasa bimbang sekiranya ada pihak mengatakan dirinya masih belum 'move on' dengan kisah silamnya.

Kata Daus, dia tertarik lagu tersebut yang dianggap lebih matang dan sesuai dengan peredaran muzik semasa.



Daus ada sebab memilih lagu tersebut.

Ditanya tidakkah dia bimbang jika dikatakan masih belum ‘move on’ sebab memaparkan kisah peribadi dalam MV, Daus ada jawapan tersendiri.

"Sebenarnya, saya sudah lama ‘move on’. Namun, apabila saya perdengarkan lagu ini pada pihak pengurusan, mereka berminat untuk keluarkan.

"Alasan utama, lagu ini lebih matang dan kena dengan peredaran muzik semasa. Ditambah pula lagu ini ada kaitan dengan kehidupan diri saya sendiri.

"Disebabkan itu, MV ini pun mengisahkan tentang kehidupan saya. Jalan cerita adalah kisah benar berdasarkan lagu. Kiranya, dalam MV ini memaparkan peristiwa awal perkahwinan sehingga bercerai," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain