suria

Empat tahun cari identiti diri, Julia Farhana cuba nasib jadi penyanyi - “Jangan kritik cara nyanyian saya pula!”

Julia Farhana mahu cari identiti dan keluarkan ekspresi diri melalui lagu.

INGIN mencari identiti dan mencabar kemampuan diri sebagai anak seni, pelakon Julia Farhana Marin berkata dia bakal bergelar seorang penyanyi tidak lama lagi.

Menurut Julia, 28, peluang mencuba bidang baharu itu muncul selepas dia ditawarkan menyanyi lagu tema (OST) sebuah drama yang turut dibintangi olehnya.

“Empat tahun jadi pelakon saya rasa banyak had kerana saya hanya pegang watak dan skrip dicipta orang lain sampaikan saya rasa tiada identiti sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Julia Farhana nyaris jadi mangsa gangguan seksual pengarah terkenal

“Dalam mencari identiti itu, tiba-tiba saya dapat tawaran memegang watak utama dalam sebuah drama dan saya terfikir untuk menyanyikan lagu OST untuk drama tersebut.

“Menyanyi ini merupakan salah satu cara untuk meluahkan ekspresi diri dan merasai pelbagai cabang berbeza dalam bidang seni, ” katanya kepada mStar.



Julia Farhana mahu cabar diri jadi penyanyi.

Dalam pada itu, Julia mengakui bukan mudah untuk bergelar penyanyi kerana dia berdepan dengan proses rakaman yang menyukarkan.

Malah, dia bersedia untuk membuang perasaan malu ketika beraksi di atas pentas kelak.

Tapi jangan salah faham... saya bukan nak tukar jadi penyanyi kerana lakonan masih minat dan keutamaan saya.

JULIA FARHANA

PELAKON

“Sejujurnya, saya seorang yang penakut untuk beraksi atas pentas, bayangkan kalau menyanyi sambil diperhatikan oleh ramai orang... kalau berlakon dekat mana-mana pun saya boleh.

“Saya nak cabar diri untuk buang ketakutan itu dan mahu bina keyakinan diri.

“Sejujurnya bukan senang jadi penyanyi, bila dah buat lirik dan lagu rasa menyesal pula! Tapi saya tak mahu patah semangat kerana ini adalah cara meluahkan ekspresi diri melalui lagu,” ujarnya.



Julia Farhana masih utamakan lakonan dan hanya mencuba sebagai penyanyi.

Sementara itu, pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini meminta peminat menyokong percubaan pertamanya itu.

“Saya harap peminat sokong dan jangan kritik cara nyanyian saya pula sebab saya bukan penyanyi profesional.

“Tapi jangan salah faham... saya bukan nak tukar jadi penyanyi kerana lakonan masih minat dan keutamaan saya.

"Ini cuma percubaan saya dan tak salah kita cuba semua cabang seni,” katanya yang akan memaklumkan mengenai single pertamanya itu tidak lama lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain