suria

Tayang kereta baharu Mercedes Benz CLA, Danial Zaini akui tidak sengaja kongsi kepada umum - “Hasil kerja 10 tahun dapat juga beli kereta idaman”

Danial sepatutnya ingin memuat naik foto tersebut untuk rakan terdekat sahaja.

PERKONGSIAN penyampai radio Era FM iaitu Danial Zaini bersama kereta mewah jenis Mercedes Benz CLA di Instastory bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Menurut Danial atau nama sebenarnya Mohamad Danial Mohd Zaini, 27, foto tersebut sepatutnya dimuat naik untuk rakan terdekat sahaja namun secara tidak sengaja dikongsi kepada umum.

ARTIKEL BERKAITAN: Danial Zaini bandingkan ‘followers’ Coki dengan Bront Palarae - “Jangan ukur bakat seni dari jumlah pengikut di IG”

Danial juga menjelaskan perkongsian itu boleh dijadikan sebagai pembakar semangat untuk orang lain membuat simpanan dalam mencapai impian masing-masing.



Danial menggunakan wang simpanan untuk beli kereta mewah.

"Sepatutnya mahu berkongsi di 'close friends' Instagram tapi tersilap post. Gambar itu untuk pembakar semangat baik kepada diri sendiri mahupun orang lain ketika kita berdepan saat getir seperti sekarang.

"Saya mahu buktikan selepas 10 tahun dengan usaha, insya-Allah kita mampu mencapai apa yang kita hajatkan. Sebenarnya ia bergantung pada diri sendiri untuk memilih membeli barangan apa.

"Saya menguruskan kewangan sendiri dan mula menyimpan duit hasil kerja selama 10 tahun dengan cara saya sendiri. Saya yakin tak selamanya kita di atas dan tak juga selamanya di bawah.

"Ketika waktu sebegini saya ada simpanan yang cukup. Alhamdulillah saya dapat kereta idaman saya," kata Danial kepada mStar.

Alhamdulillah, selain menjadi penyampai radio, saya ada juga kerja sampingan.

DANIAL ZAINI

PENYAMPAI RADIO ERA

Sebelum ini, Danial berkongsi foto bersama sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz CLA berwarna hitam yang dianggarkan bernilai RM180,000 dibeli selepas 10 tahun berhijrah ke Kuala Lumpur.

Danial turut mendedahkan dia ada mempertimbangkan dua model lain iaitu Range Rover dan Audi sebelum memilih Mercedes Benz itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Siti Bilang Cuti ini memberitahu dia sentiasa berpegang pada prinsipnya untuk tidak terlalu bermewah dengan membeli barangan atau pakaian supaya dapat menyimpan wang dengan baik.

Kata Danial, dia membuat keputusan untuk membeli kereta baharu selepas kenderaan lamanya kerap mengalami kerosakan dan terpaksa dijual.



Danial tetap mengirimkan duit kepada ibunya setiap bulan.

"Saya tak berminat untuk pakai barangan mahal-mahal, baju-baju saya pun biasa-biasa saja. Sebab itulah berani ambil kereta itu. Kebetulan kereta lama kerap sangat rosak dan saya terpaksa jualkan.

"Jadi, ia menjadi keperluan bagi saya. Langsung tiada niat nak menunjuk-nunjuk. Untuk simpanan pula saya memperuntukkan 80 peratus daripada gaji saya untuk disimpan atau dilaburkan untuk bisnes.

"Selain itu, saya akan mengirimkan duit untuk ibu saya setiap bulan. Alhamdulillah, selain menjadi penyampai radio, saya ada juga kerja sampingan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain