KEBANYAKKAN masalah rumah tangga berpunca daripada orang ketiga yang selalunya melibatkan wanita menganggu lelaki berstatus suami orang. Menerusi Instastory pelakon Nina Iskandar menerima pertanyaan daripada pengikutnya yang meminta pandangan mengenai cara untuk berdepan dengan orang ketiga. ARTIKEL BERKAITAN: Nina Iskandar belum berhenti berlakon, hanya terkandas di Brunei selepas bersalin - “Saya tunggu keadaan Malaysia stabil dari Covid-19” "Kalau ada perempuan dah gatal sangat nak kacau suami kita, apa cara-cara kita patut bertindak?" tanya pengikutnya itu. Nina menjawab soalan daripada pengikutnya di laman Instagram. Nina, 29, secara berseloroh berkata sekiranya individu tersebut sudah berkahwin, hubungi suami kepada wanita itu untuk mendedahkan perangai sebenar isterinya. Bagaimanapun Nina meluahkan rasa simpati terhadap wanita yang sanggup menjadi orang ketiga kerana menagih perhatian daripada lelaki yang sudah berkahwin. "Baling mercun kat rumah perempuan tu. Tak pun kalau dia dah kahwin, hubungi laki (suami) dia beritahu bini (isteri) dia gatal baru padan muka! Joking! Sebagai seorang isteri, anda mempunyai hak untuk bertindak dengan secara waras. NINA ISKANDAR PELAKON "Pertama sekali, kita sepatutnya kesian dengan wanita seperti ini. Nampak sangat dia perlukan perhatian yang dia tidak dapat. "Malangnya, dia meminta daripada orang yang salah!" kata Nina memberi jawapan kepada individu tersebut. Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Andainya Takdir ini memberitahu seorang isteri mempunyai hak untuk bertindak secara waras sekiranya berdepan dengan masalah tersebut. Nina bersama suaminya, Azlan Adzanan dan anak mereka. "Sebagai seorang isteri, anda mempunyai hak untuk bertindak dengan secara waras. Tapi kalau suami anda tidak melayan, jangan risau fasal wanita itu. "Dia hanya buang masa dia. It takes two to tango. You do you. Doa seorang isteri dan ibu dimakbulkan Allah. "Ambil tanggungjawab jaga keluarga anda. Kita bawa makanan di atas meja," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!