MENGGALAS tanggungjawab sebagai hos karpet merah di sebuah acara besar bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Akui penyanyi Sissy Imann, 25, menjadi hos karpet merah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-33 memberikan cabaran baharu dalam karier seninya. ARTIKEL BERKAITAN: ABPBH33 akan berlangsung tanpa kehadiran penonton Meskipun berasa teruja pertama kali diberikan tugas itu namun Sissy memberitahu dia perlu melakukan lebih 'kerja rumah' sebelum menemu ramah selebriti yang hadir di malam kemuncak itu. Sissy bakal bergandingan dengan pelakon Sean Lee di karpet merah ABPBH33. "Ini kali pertama saya akan menjadi hos di karpet merah sebuah acara yang besar. Sudah pasti saya mahu lakukan yang terbaik pada malam itu nanti. "Teruja... tapi dalam masa yang sama rasa gementar juga. Sebab menjadi penyanyi dan pengacara sesuatu bidang yang berbeza. Cabaran dalam dua bidang ini pun berbeza. "Kalau menyanyi, kerisauan pada diri sendiri di atas pentas. Tapi untuk pengacara ini memerlukan saya buat research lebih mengenai selebriti yang akan lalu di karpet merah. "Saya kena lebih peka... kena kenal betul-betul siapa selebriti yang saya akan temu ramah. Maknanya... lebih banyak kerja. Jadi, cabaran menyanyi dan mengacara memang berbeza," katanya kepada mStar. Teruja... tapi dalam masa yang sama rasa gementar juga. SISSY IMANN PENYANYI Pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil ini berkongsi perkara itu ketika sidang media ABPBH33 yang diadakan secara maya bersama media pada Ahad. Malam kemuncak ABPBH33 akan disiarkan secara langsung di saluran Tonton, YouTube TV3 dan BH termasuk laman web ABPBH bermula pukul 9 malam pada 13 November depan. Menerusi laporan mStar pada Ahad, buat pertama kali ABPBH33 akan diadakan secara langsung tanpa kehadiran penonton di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 13 November depan. Menurut Pengarang Berita Hiburan BH merangkap Pengarah Jawatankuasa Penganjur ABPBH33, Shamshul Azree Samshir, keputusan itu dibuat disebabkan krisis pandemik Covid-19. Nabila Huda dan AC Mizal selaku pengacara ABPBH33. Malam kemuncak itu akan menampilkan gandingan pengacara iaitu Datuk AC Mizal dan Nabila Huda serta beberapa persembahan daripada selebriti terkenal. Antaranya selebriti yang akan menghangatkan malam ABPBH33 iaitu Azlan Typewriter, Yonnyboii, Faizal Tahir, Elly Mazlein, Syamel, Dolla, Zizi Kirana, Ernie Zakri dan Hafiz Suip dan Naim Daniel. Selain itu, Tuju dan Man Keedal, Aina Abdul, Indah Ruhaila, Tomok dan Lan Solo, pasangan adik-beradik Liza Aziz dan Azlina Aziz bersama Noki K-Clique turut bakal memeriahkan pentas ABPBH33. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!